Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Berlaku Sepanjang Cuti Umum

Share

1. Mimi Fly Sah Bercerai Dengan Suami

Nampaknya segala persoalan tentang hubungan Mimi Fly One Nation Emcees akhirnya terjawab apabila salah satu akhbar tempatan mendapatkan pengesahan daripada tuan punya badan.

Mimi yang telah berkahwin bersama suaminya Mohd Firdaus Hajar tiga tahun yang lalu akhirnya mencari jalan penyelesaian untuk berpisah kerana tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Mimi akui kemungkinan semua ini silapnya juga kerana banyak kerenah hingga membuatkan bekas suaminya itu tidak mampu nebguruskannya lagi.

Sungguhpun begitu mereka berpisah secara baik dan masih lagi berkawan.

 

2. Takziah, Ibu Vanidah Imran Meninggal Dunia

Salam takziah kami ucapkan kepada pelakon cantik Vanidah Imran kerana baru sahaja kehilangan ibu tercinta Hajah Shariffah Bee Abdul Majid di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Melalui sebuah posting di Facebook, Vanidah memberitahu jenazah ibunya telah dimandikan di hospital dan dibawa pulang ke Taman Maluri jam 10 malam.

Jenazah telah disembahyangkan jam 8 pagi semalam di Masjid As-Shafie sebelum dikebumikan pada jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Taman Melawati, Ulu Klang.

3. Kongsi Gambar Selfie Sedang Breastfeed, Azura Zainal Dikecam Netizen

Kalau dulu pelakon, Amyra Rosli pernah dikecam netizen kerana tidak bagi susu terus dari badan gara-gara memberikan susu kepada anaknya melalui botol.

Kali ini pengacara, Azura Zainal pula dikecam netizen kerana berkongsi gambar sedang menyusukan anaknya secara breastfeed di Instagramnya.

Pada ruangan komen gambar Azura ini, terdapat segelintir netizen seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan Azura untuk berkongsi gambar sedang menyusukan anak secara breastfeed ini secara public.

Walau ada yang mengecam namun rata-rata netizen memuji Azura kerana masih mencari masa untuk menyusukan anaknya walaupun terikat dengan jadual kerja yang ketat.

4. Isu Tangkap Gambar Hampir Nampak Punggung, Tasha Shila Buka Mulut

Gara-gara terlalu berani memuat naik gambar seksi ketika bercuti hingga hampir menampakkan punggung, Tasha Shila telah tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut.

Melalui Berita Harian Online, Tasha memberitahu dirinya agak kecewa dan sedih apabila dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Katanya dia juga masih ada maruah diri dan hanya ingin cuba menjadi diri sendiri.

Tasha meminta orang ramai untu memberinya sedikit masa untuk berubah dan memohon agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana dia suka tampil dengan pakaian yang agak seksi.

Tambahnya, Mungkin jika dahulu dia memang suka mencetuskan kontroversi bagaimanapun dia tidak mahu berkelakuan hipokrit.

 

 

IKLAN