Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Pagi Ini!

Share

1. ‘Kesian Intan, I Nak Tolong Dia’ – Puteri Sarah Liyana

Selepas perkara yang menimpa bekas madu kepada pelakon popular, Izreen Azminda iaitu Intan Liana Salleh, nampaknya ramai yang bersimpati terhadap nasib Intan.

Kalau sebelum ini, pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah membantu Intan, kali ini pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana pula telah membantu Intan dengan mengambil Intan sebagai model dalam video klipnya.

 

2. Ardell Aryana Tidak Menolak Jika Nadzmi Adhwa Jodohnya

Sebelum ini MH pernah berkongsi sebuah artikel tentang pelakon comel, Ardell Aryana dan juga pelakon, Nadzmi Adhwa berhubung komen peminat pada video yang dikongsi oleh Ardell.

Video tersebut merakamkan dirinya bersama Nadzmi yang kelihatan mesra di mana Nadzmi mengusik Ardell dengan nyanyiannya.

Rentetan daripada video tersebut, netizen mula bertanya apakah hubungan mereka berdua.

Baca juga: [VIDEO] ‘Eh Ada Apa-apa Ke Ni?’ – Peminat Tertanya-tanya Hubungan Ardell Aryana Dan Nadzmi Adhwa

Terbaru menerusi laporan Mstar Online, Ardell berkata dia tidak menolak sekiranya sudah tertulis Nadzmi adalah jodohnya.

“Saya tidak akan cakap tidak atau mengiyakan jodoh saya dengan Nadzmi. Tapi saya tidak menolak kalau dah tertulis takdir kami akan berkahwin.

Katanya lagi, mereka berdua muka berkawan sejak berlakon dalam sebuah drama yang sama pada tahun 2015 dan sejak itu mereka berkawan baik dan berkongsi minat yang sama.

 

3. Hazama Ucap Terima Kasih Atas Penghargaan Tokoh Rock Milenia Yang Diterima

Penyanyi popular, Hazama menerusi akaun Instagramnya telah mengucapkan terima kasih Kepada Universiti Malaya ke atas penghargaan yang diberikan kepadanya.

Hazama telah menerima penghargaan Tokok Rock Milenia daripada Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.

 

4. ‘Cantiknya Jihan Pakai Tudung’ – Peminat Puji Kecantikan Jihan Muse Berhijab

Manis dan ayu wajah pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse apabila mengenakan hijab di majlis khatam Al Quran penyanyi, Shila Amzah.

Rata-rata peminat pelawak ini telah meninggalkan komen dengan kata-kata pujian atas kecantikan Jihan memakai tudung.

irin.ratuslimmingjelly: Cantikk nya u pakai tdung. Please stay like this sisturrrrrr ?

kikikoko_kusyg: Cantiknya jihan pakai tudung????

siti90_qieah: Jihan teruskn begini nmpk ayu sgt keibuan y tinggi

IKLAN