Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca!

Share

1. Aamir Khan Tekad Berhenti Merokok Sempena Hari Jadi Ke-45

Hero Bollywood popular, Aamir Khan menerusi sumber berkata dia bertekad untuk berhenti merokok sempenah hari jadinya yang ke-45.

Pelakon ini juga mengakui bahawa dia mempunyai masalah ketagihan merokok sehingga menggangu kesihatannya.

Katanya dia pernah beberapa kali mencupa untuk berhenti merokok namun tidak berjaya tetapi kali ini bersempana hari jadianya dia berharap tabiat merokoknya ini dapat dibuang sepenuhnya.

 

2. Faye Kusairi Mohon Maaf Tentang Komen Dari Fake Akaun

Pelakon, Faye Kusairi melalui akaun Instagramnya telah memohon maaf kepada semua jika ada yang tersinggung dengan setiap komen daripada sebuah akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya.

Faye memohon maaf kepada semua walaupun kata-kata daripada komen akaun palsu itu bukan datang daripadanya.

 

3. ‘Saya Sendiri Tak Perasan Foto Tersebut Seksi’ – Fasha Sandha Jawab Isu Baju

Heboh di media sosial baru-baru ini berhubung isu baju pelakon popular, Fasha Sandha dikatakan seksi sehingga menampakkan lurah.

Menerusi sumber Astro Gempak, Fasha tampil memberi penjelasan dan berkata mungkin cara gambar itu diambil dan kedudukan kamera yang membuatkan segelintir netizen berkata bajunya seksi.

“Saya sendiri tak perasan foto tersebut seksi dan terus memuat naik foto itu di laman Instagram. Saya sendiri tak tahu ramai yang memperkatakan mengenai foto tersebut sehingga ada yang mengecam.

 

“Sejujurnya, saya tidak membaca komen yang ditinggalkan netizen. Saya tidak rasa perlu untuk memadamkan foto tersebut dan saya juga tidak akan menutup ruangan komen.

 

“Saya tak kisah orang nak cakap apa sahaja. Apa yang diperkatakan mereka tidak memberikan kesan kepada saya,” kata Fasha kepada Astro Gempak.

 

4. ‘Jangan Paksa Saya Ambil Tindakan Undang-undang’ – Isu Akaun Palsu, Syamsul Yusof Luah Rasa Geram

Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof menerusi akaun Instagramnya memohon kepada semua untuk tidak mudah percaya dengan fitnah yang mengaitkannamanya dengan isu politik atau apa sahaja perkara.

“Sekali lagi nama saya disalahguna oleh pihak tak bertanggungjawab di FB.Sebelumni pun dah banyak kali dah,kalini guna FB palsu atas nama saya utk buat kenyataan politik pulak.

 

“Anda janganlah mudah percaya dgn fitnah yg mengaitkan nama sy dlm isu politik ataupun apa saja.Jangan mudah percaya sbab ramai buat fake Acc Syamsul Yusof.

 

“SAYA TIADA LANGSUNG ACC FB PERIBADI.Saya cuma ada Fb acc utk FAN PAGE sahaja.Itupun ADMIN yg jaga. Jadi berhati-hatilah selepas ini.

 

“JANGAN PAKSA SAYA UTK AMBIL TINDAKAN UNDANG2 ! STOP menyamar/salahguna nama sy di social media ! #TolongSebarkan,”tulisnya.

IKLAN