Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi ini!

Share

1. Berat Badan Naik Sebab Gembira, Anzalna Nafi Sedang Hamil

Pelakon cantik, Anzalna Nasir menafikan dakwaan sesetengah pihak yang membuat spekulasi dirinya kini sedang hamil.

Menurut sumber Astro Gempak, Anzalna berkata spekulasi tersebut timbul sejak dia memuat naik satu gambar yang menunjukkan berat badannya naik di Instagram.

“Ramai pihak yang anggap saya kini sedang berbadan dua. Tetapi sebenarnya berat badan saya naik kerana saya sedang gembira dengan kehidupan sekarang.

 

“Saya menganggap kata-kata peminat sebagai doa. Saya bersyukur kerana ramai yang mahu menantikan cahaya mata saya dan suami,” katanya kepada Astro Gempak.

 

2. ‘Kalau Dah Tau Dunia Akhir Zaman Kau Tutup La Instagram Kau’ – Nabila Huda ‘Sound’ Netizen

Menerusi perkongsian paling terkini daripada pelakon popular, Nabila Huda di Instagram, dia telah memuat naik foto bersama rakan artis semasa di malam Anugerah MeleTOP Era 2018 pada malam Ahad yang lalu.

Dalam pada itu, MH dapati Nabila telah membalas komen salah seorang netizen dan menegur inidividu tersebut untuk menutup akaun Instagramnya jika merasakan dunia sudah berada di akhir zaman.

Namun begitu, individu tersebut nampaknya sudah memadam komennya yang terdahulu kepada Nabila.

 

3. Isu Gelaran Datuk & Datin, Suami Fouziah Gous Tampil Beri Penjelasan

Heboh di media sosial minggu lalu memperkatakan tentang status kepada pelakon popular, Fouziah Gous yang kini bergelar datin.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, suami kepada Fouziah, Datuk Zhafran Md Yusof berkata gelaran tersebut telah lama diperolehinya namun hanya digunakan untuk acara rasmi yang melibatkan kerjayanya sahaja.

“Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.

 

“Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, isterinya juga mempunyai pendirian yang sama sepertinya dan tidak kisah mahu dipanggil datin atau Fouziah sahaja.

“Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja,” katanya lagi.

 

4. Exist Bakal Adakan Konsert Reunion Lepas Aidiadha

Salah seorang bekas vokalis kumpulan, Exist iaitu Mamat menerusi Harian Metro berkata kumpulan tersebut bakal mengadakan konsert reunion dan dijangkakan konsert tersebut bakal diadakan selepas Aidiladha.

Katanya lagi, rancangan konsert tersebut sudah lama dibincangkan dan telah mendapat persetujuan daripada ahli dan bekas ahli kumpulan itu.

“Reunion itu nanti kita akan kumpulkan bekas penyanyi dan ahli kumpulan Exist seperti Ezad, Ajai, Sham Slam dan saya sendiri.

 

“Sudah tentu saya yakin peminat menanti detik itu selepas lama kami menyepi. Memang bukan satu perkara mudah untuk buat satu konsert selepas lama kita tidak bersama.

 

“Banyak kekangan seperti kos dan sebagainya, tetapi Insya-Allah saya akan berusaha bersama mencari penaja untuk pastikan impian itu tercapai,” katanya kepada Harian Metro.

IKLAN