Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Share

1. Cuai Babak X-Ray Boleh Kesan Hilang Ingatan Dalam Drama Mona Lisa, Pengarah Mohon Maaf

Viral baru-baru ini sebuah video sedutan satu babak di dalam drama Mona Lisa yang menjadi bualan ramai apabila babak tersebut menunjukkan seorang doktor mengesan pesakit hilang ingatan menerusi imbasan x-ray.

Susulan daripada hal ini, pengarah drama Mona Lisa, Shahrul Ezad menerusi laporan Mstar Online memohon maaf kepada semua atas kecuaian dalam babak tersebut.

“Ini adalah kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Bila saya rujuk kepada pengarah bersama Uchee Fukada, dia mengaku akan kecuaian.

 

“Bila tanya dia ada refer mana-mana nasihat tak sebelum shoot? Dia jawab dia ada rujuk kepada penulis skrip. Sekali lagi saya tepuk dahi sebab yang kau tanya penulis skrip itu buat apa? Dia orang bukannya doktor.

 

“Diorang sendiri pun kadang-kadang tak faham apa yang diorang tulis. Main bantai translate daripada episod asal dari Korea.

 

“Kepada penonton saya mewakili seluruh team mohon ampun dan maaf sekiranya dikatakan ambil mudah soal ini,” ujarnya kepada Mstar Online

 

2. Leez Rosli Mahu Fokus Berniaga, Tolak Tawaran Berlakon

Pelakon, Leez Rosli menerusi sumber Astro Gempak mengakui terpaksa menolak tawaran berlakon kerana dirinya mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaannya.

“Sejujurnya memang saya rindu untuk kembali aktif dalam bidang lakoanan dan nyanyian semula namun terpaksa tolak kerana sukar berjauhan dengan anak.

 

“Saya juga menolak banyak tawaran lakonan yang diberikan kerana mahu memberi fokus pada anak memandangkan dia masih menyusu badan.

 

“Alhamdulillah, buat masa sekarang masa saya banyak dihabiskan dengan melakukan perniagaan tudung dan sambutannya sangat menggalakan.

 

“Perkara itu juga membuatkan saya sukar kembali kembali aktif dalam bidang lakonan kerana saya mahu memberi fokus pada perniagaan yang baru dijalankan ini,” katanya kepada Astro Gempak.

 

3. Pemain Bola Manchester United, Paul Pogba Sambut Ramadan Di Tanah Suci

Paul Pogba, bintang bola sepak Manchester United menerusi akaun Instagramnya kini sedang menyambut bukan Ramadan di tanah suci.

Pemain bola terkenal ini telah memuat naik video di kota Mekah berlatar belakangkan Kaabah.

MH doakan segala urusan Paul di sana dipermudahkan dan selamat menjalani ibadah berpuasa.

 

4. Hidap Penyakit Hipotiroidisme Dan Masalah Tulang Belakang, Terkejut Lihat Wajah Terkini Jet Li

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular antarabangsa, Jet Li yang pernah membintangi filem-filem hebat seperti, Romeo Must Die, Kiss Of The Dragon, Expandables 2 dan banyak lagi.

Terkini menurut sumber South China Morning Post, Jet Li dikatakan menderita penyakit Hipotiroidisme dan masalah tulang belakang.

Gambar terkini yang dikongsi oleh portal ini benar-benar memeranjatkan MH kerana pelakon ini kelihatan begitu uzur akibat kesihatannya yang semakin merundum.

Menurut sumber, gambar ini menjadi viral di negara kelahiran pelakon ini iaitu China.

Gambar itu dikatakan diambil ketika Jet Li melawat sebuah kuil di Tibet.

Apapun MH doakan agar kesihatan Jet Li kembali pulih seperti sediakala.

IKLAN