Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Share

1. Tulang Patah, Hairul Azreen Rahsiakan Kesakitan Demi Filem Paskal

Pelakon popular, Hairul Azreen bertindak merahsiakan kesakitannya daripada team produksi filem Paskal kerana tidak mahu proses penggambaran ditangguhkan dan menyusahkan produksi.

Menurut akaun Instagram pelakon ini, dia mendedahkan tulang di tangannya patah pada 9 Mac yang lalu namun kesakitan semakin sukar ditanggung lagi pada 27 Mac dan dia mengambil keputusan untuk membuat pembedahan.

 

2. Idris Khan Nafi Hubungan Dengan Kekasih Putus

Walaupun sudah dua kali menunda perkahwinan, pelakon, Idris Khan menafikan dakwaan hubungannya dan kekasih sudah putus.

Menurut laporan Harian Metro, Idris berkata dia masih mencari tarikh baru untuk melangsungkan perkahwinan mereka dan majlis itu akan dijalankan pada hujung tahun ini.

“Kami masih bersama. Macam saya pernah katakan sebelum ini, kalau ada tarikh baru saya akan berkongsi kepada semua.

 

“Cuma, buat masa sekarang saya masih mencari waktu sesuai ditambah pula ada beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan termasuk urusan dokumentasi bakal isteri yang berasal dari Maghribi.

 

“Insya Allah, kalau segalanya dipermudahkan saya merancang untuk bernikah hujung tahun ini atau awal tahun depan. Apa yang pasti, majlis tetap ada,” katanya kepada Harian Metro.

 

3. Nelydia Senrose Dah Sedia Tamatkan Zaman Bujang

Aktres cantik, Nelydia Senrose menerusi laporan Astro Gempak berkata, dia mengakui dirinya sudah bersedian untuk menamatkan zaman bujang namun pelakon ini menyerahkan segalanya pada jodoh yang telah ditentukan untuknya.

Katanya, dia sentiasa berharap hubungan yang dijalinkan dengan kekasihnya akan mempunyai pengakhiran yang baik.

“Sememangnya sejak daripada dahulu lagi saya sentiasa serius dalam perhubungan dan meletakkan harapan agar ia berkesudahan dengan sesuatu yang baik.

 

“Saya memang bersedia untuk mengakhiri sesebuah hubungan itu ke arah yang lebih baik iaitu senang cerita sebuah ikatan perkahwinan.

 

“Namun perkara itu semua bergantung pada jodoh kerana saya tidak tahu bila sesebuah hubungan itu akan berlaku,” katanya kepada Astro Gempak.

Walau bagaimanapun, Nelydia tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungan dengan kekasihnya kerana tidak tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari.

MH doakan yang baik-baik buat Nelydia dan kekasih. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

 

4. Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Park Han Byul Kini Bergelar Ibu

Pelakon dan model popular daripada Korea Selatan, Park Han Byul kini sudah bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Isnin lalu.

Menurut laporan Soompi, pelakon ini memberitahu dia telah melahirkan anak lelakinya secara normal dengan berat 2.67 kilogram.

Tahniah MH ucapkan buat Park Han Byul dan semoga bayi yang dilahirkan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

IKLAN