1. Video Pertunangan #Fattzura Tersebar

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Lewat Malam Tadi.
Nampaknya sejak Fattah Amin muat naik 3 buah video di instagram, membuatkan orang ramai rasa teruja dan gembira.

Mana tidaknya, setelah beberapa hari berteka-teki dengan status mereka akhirnya mereka berdua telah memberi jawapan yang mereka sudah pun mengikatkan tali pertunangan sehari sebelum berangkat ke Makkah.

Walaupun ada yang agak kecewa kerana mereka tidak bernikah seperti yang dijangkakan tetapi masih ramai yang teruja untuk melihat persekitaran majlis mereka yang telah diadakan di rumah nenek Fazura.

SELANJUTNYA: [VIDEO] Akhirnya, Video Pertunangan Fattzura Dikongsi!

2. Joe Flizzow Back up Aiman Tino

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Lewat Malam Tadi.

Jika semalam MH ada keluarkan satu artikel mengenai salah seorang anggota kumpulan VE, Damien yang menganggap lagu terbaru daripada Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel, Terasa Cinta adalah satu pencemaran dan penghinaan buat industri muzik Hip Hop, kali ini lain pula ceritanya.

BACA: Aiman Tino Didakwa Cemar Muzik Hip Hop, Fara Hazel Tampil Beri Penjelasan

Menurut satu sumber portal hiburan, salah seorang individu berpengalaman dan senior dalam genre Hip Hop, Joe Flizzow memberitahu nanyian Aiman untuk lagu tersebut sebenarnya merupakan satu percubaan yang baik.

IKLAN

Malah, Joe turut menambah dia tiada masalah untuk menerima sesiapa jika mahu cuba menceburi bidang rapping ini.

Bagi MH memang ada benarnya, dalam industri sebegini, kita harus berani mencuba dan jangan terlalu suka berfikiran negative.

MH harapa, sekirannya nyanyian Aiman Tino dan kakaknya itu ada kekurangan apa salahnya jika artis senior ambil kesempatan ini berkongsi ilmu dengan mereka.

3. Zul Ariffin Halau Anak Autism Zarina Zainudin?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Lewat Malam Tadi.

IKLAN

Baru-baru ini sebuah video seorang lelaki bertanya soalan pada anak autism Zarina Zainudin, Azal hangat diperkatakan.

Mana tidaknya, dalam video berdurasi 15 saat, Azal sempat berkongsi kesedihannya apabila dihalau untuk keluar oleh pelakon terkenal Zul Ariffin.

Malah pelakon tersebut dikatakan telah berkata “I don’t want to see your face anymore” membuatkan ramai terkejut dan tidak seolah-olah susah untuk percaya apa yang telah terjadi.

Namun sehingga kini masih tiada siapa yang berani tampil ke hadapan mengesahkan adakah ia benar-benar terjadi atau hanya sekadar rekaan.

IKLAN

4. Netizen Tegur Pakaian Neelofa?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Lewat Malam Tadi.

Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, orangnya sangat versertail dan boleh dianggap sebagai ikon fesyen belia Malaysia.

Seperti yang MH pernah kata sebelum ini, Lofa patut buka sebuah buku fesyen atau OOTD kerana ramai yang teringin cuba dan pakai pakaian yang sama seperti Lofa.

Namun baru-baru ini netizen kurang bersetuju dan selesa melihat ikon kesayangan mereka menyarungkan busana mengikut bentuk badan di sebuah majlis makan malam anjuran sebuah majalah di Malaysia.

Dalam ramai yang memuji kreativitinya menyarungkan pakaian sebegini, ada juga yang mengharapkan Lofa untuk pakai pakaian yang ‘lebih sopan’ kononnya.

Hmmmm… memang susah nak katakan, tetapi MH pasti Lofa sudah pilih yang terbaik untuk dirinya sebelum bersetuju untuk memilih pakaian seperti ini.

Apapun MH harap Lofa tetap bersabar dengan apa sahaja yang dilemparkan oleh netizen kerana Lofa tetap menawan di majlis itu dan kami boleh katakan mata ni asyik tertumpu lihat keanggunan Lofa dengan gaya yang cukup elegen.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI