Categories: Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam

Share

1. Karl Shafek Kongsi Pengalaman Cemas Naik Grab Di Bandung

Pelakon dan pengacara, Karl Shafek menerusi akaun Twitternya telah berkongsi pengalaman menaiki Grab di Bandung, Indonesia.

Menurut Karl, sewaktu dalam kenderaan tersebut dan ketika itu pemandu Grab melalui satu lorong gelap dan sunyi, pemandu tersebut meminta dia membatalkan perkhidmatan Grab yang ditempahnya kerana ingin melalui jalan yang diketahuinya.

Walau bagaimanapun, Karl enggan mengikut permintaan pemandu tersebut kerana tidak tahu niat sebenar pemandu itu. Pemandu tersebut menoleh ke arahnya dengan berkata ‘Abang tak faham ya apa saya ngomong? Cancel aja’. Namun perkongsian Karl terhenti sampai di situ.

MH harap Karl dalam keadaan baik-baik sahaja di sana.

 

2. Mira Filzah Kembali Aktif Di Media Sosial

Sebelum ini MH ada kongsikan dengan korang bahawa pelakon dan pengacara, Mira Filzah ada membuat pengumuman ingin berehat seketika daripada media sosial. Hal ini menyebabkan ramai peminatnya bersedih dan meminta untuk Mira tidak mengambil masa yang lama untuk berehat.

Terkini, Mira telah aktif semula di media sosial dan menerusi akaun Twitternya dia menyatakan bahawa dia juga merindukan peminat-peminatnya.

 

3. ‘Saya Berubah Kerana Hidayah ALLAH’ – Ardell Aryana

Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang pelakon baru, Ardell Aryana yang kini telah berhijab.
Menerusi sumber daripada Sinar Harian, Ardel berkata di awal penghijrahannya dia mengakui banyak berdepan dengan saat-saat sukar di mana ramai yang tidak dapat menerima perubahannya.

Namun begitu, dia bersyukur dapat melalui segala cabaran dengan baik dan berpegang teguh dengan hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT kepadanya.

“Alhamdulillah saya dapat melalui cabaran itu dengan sebaiknya kerana saya teguh berpegang bahawa saya berubah kerana hidayah ALLAH dan bukan kerana sesiapa atau sebab apa-apa,” katanya kepada Sinar Harian.

 

4. Dynas Mokhtar Berdebar Dan Gemuruh Menuju Hari Bahagia

Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar menerusi sumber Astro Gempak berkata, dia rasa berdebar dan gemuruh menuju hari bahagianya bersama jejaka pilihan hatinya.

Menurutnya, walaupun ini merupakan perkahwinan kedua buatnya namun dia masih lagi berdebar dan katanya perasaan itu hadir mungkin kerana dia dan pasangannya mahu segala urusan berjalan lancar, lebih-lebih lagi ini perkahwinan pertama buat bakal suaminya.

Katanya secara jujur, perasaannya ketika ini sama seperti orang yang baru pertama kali hendak berkahwin.

MH doakan agar segala urusan dipermudahkan menuju hari bahagian yang bakal menjelang tidak lama lagi.

IKLAN