1. Yuna Kena Gangguan Seksual Di Instagram

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Aduh, siapa yang suka kalau diganggu oleh netizen yang tidak betul kan? Lebih lagi niat mereka ada kena mengena dengan gangguan seksual.

Terbaru, Yuna melalui Twitter memberitahu dirinya telah diganggu oleh seorang penghendap yang sering meninggalkan komen-komen lucah.

Perkara ini bukannya baru terjadi, sebaliknya sudah hampir setengah tahun ia berlarutan dan pelbagai cara Yuna sudah cuba lakukan untuk menyekat pengguna ini sebanyak 10 kali namun ia masih muncul dengan akaun yang baru.

Aduh takutnya kalau kita berada di tempat Yuna! Apapun, diharap Yuna lebih berjaga-jaga berkongsi di mana Yuna berada kerana bimbang individu ini mengambil kesempatan.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

 

2. ‘Rita Hanya Beri Nasihat’ – Nazia Mustafar

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Umum tahu, beberapa hari lepas, Rita Rudaini telah mengejutkan ramai pihak apabila membuat keputusan untuk berjumpa sendiri dengan isteri pertama kepada pemuzik bebas iaitu Ude dan merupakan madu kepada pelakon Izreen Azminda.

IKLAN

Walaupun Rita merupakan sahabat baik Izreen dan antara individu yang tahu rahsia tentang hubungan Izreen bersama suaminya itu sebelum ia bertukar menjadi kontroversi, Rita tekad untuk berkongsi rasa kepada isteri yang bakal diceraikan oleh suaminya tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun ada juga beberapa individu yang kurang selesa melihat kemunculan Rita bersama Intan.

Namun, menurut sahabat baik Rita, Nazia yang turut berada di lokasi yang sama memberitahu niat Rita sebenarnya hanyalah ingin berkongsi pengalaman dan nasihat memandangkan dia mempunyai pengalaman dalam hal turun naik mahkamah.

Malah, Nazia yang merupakan kakak ipar kepada kakak intan memberitahu pertemuan itu sedikit pun tidak menyentuh tentang pelakon Izreen sebaliknya hanya apa yang patut dilakukan di mahkamah sahaja.

 

IKLAN

3. Asyraf Khlaid Teruja Mak Iti Akan Bersalin Dalam Masa Terdekat

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Siapa yang tak teruja jika tahu bakal mendapat adik dalam masa terdekat bukan?

Itulah yang terjadi kepada anak Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K serta merupakan suami kepada diva Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza.

MH akui memang comel betul melihat kemesraan mereka berdua!

Melalui Instagram, Asyraf memberitahu dia sangat gembira dan teruja apabila salah satu impian ibu tirinya itu tercapai menjadi realiti.

IKLAN

Malah, dia turut memuju Siti kerana tidak berputus asa untuk miliki cahaya mata bersama bapanya.

 4. Nonny Nadirah Selamat Bergelar Isteri!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pernah terpalit dengan kontroversi kononnya mempunyai hubungan bersama suami kepada penyanyi terkenal Malaysia, Nonny Nadirah akhirnya mengunci mulut-mulut jahat yang menuduhnya dengan gelaran yang tidak baik.

Nonny yang selamat bernikah bersama seorang duda anak satu Mustain Adnan 11.30 pagi semalam dengan sekali Lafaz berkata dia mengenali lelaki ini sehaj 2009 dan telah dilamar di set pengambaran drama Melankolia pada Januari lalu.

Baca selanjutnya:

http://www.mediahiburan.my/gambar-wow-bagaikan-puteri-ini-sekitar-majlis-perkahwinan-nonny-nadirah/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI