Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Share

1. Aman Aziz Risau Imej Tercemar

Penyanyi yang dilahirkan menerusi rancangan realiti, Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Aman Aziz berkata kepada sumber Sinar Harian bahawa dia risau imejnya tercemar dek kereana akaun Instagram palsu yang menggunankan namanya @amanaf2014.

Aman berkata akaun tersebut sudah wujud sejak dia menyertai AF2014 lagi namun begitu buat masa ini tiada sebarang perkara yang tidak elok dikongsikan oleh akaun tersebut cuma Aman mengakui dia tetap risau kerana akaun tersebut ada berkaitan dengan dirinya.

Dalam pada itu, Aman berharap para peminatnya tidak keliru dan tertipu dengan akaun palsu tersebut.

 

2. Shahrol Shiro Masuk Hospital

Kalau beberapa hari lalu, pelawak popular Ajak Shiro telah dimasukkan hospital, kali ini Shahrol Shiro pula dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat.

Berita ini dikongsikan oleh akaun Instagram milik Best FM Malaysia pagi semalam.

MH doakan Shahrol segera sembuh seperti sediakala.

 

3. Madu Izreen Azminda, Intan Liyana Ucap Terima Kasih Pada Netizen

MH pasti ramai yang kenal dengan madu kepada pelakon popular, Izreen Azminda iaitu Intan Liana yang kini mendapat perhatian ramai selepas kontroversi suami mereka, Ude Wahid memfailkan cerai terhadap Intan sebelum ini.

Rentetan daripada hal itu, Intan mula medapat perhatian daripada netizen dan rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang diterima oleh isteri pertama Ude ini.

Semalam menerusi akaun Instagram milik Intan sendiri, dia telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, semangat dan bantuan terhadapnya. Baginya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

 

4. Eina Azman Terima Hadiah Kereta Mewah Dari Suami Tercinta Sempena Hari Jadi

Selamat hari jadi MH ucapkan buat pelakon cantik, Datin Paduka Eina Azman yang telah menyambut hari kelahirannya pada 13 Mac yang lalu.

Menerusi akaun Instagram Eina, dia telah berkongsi rasa syukur dan terima kasih kepada suami tercinta atas sambutan hari jadi untuk dirinya.

Eina juga turut berkongsi gambar dia menerima sebuah kereta mewah sempena hari jadinya.

IKLAN