Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Pagi Ini!

Share

1. ‘Demi ALLAH SWT, Demi My Bapak’ – Norish Karman Kini Berhijab

Pelakon hebat, Norish Karman baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi dengan semua bahawa dia kini sudah berhijab.

Menerusi ruang kapsyennya dia menulis, dia tidak berhijab kerana mahu menjual tudung, promosi produk, bukan kerana fesyen.

Malah dia berkata hijrahnya ini adalah demi ALLAH SWT dan Demi bapanya.

 

2. Hantu Pengabdi Setan Ada Dalam Tandas

Menurut satu sumber, pengarah filem Pengabdi Setan, Joko Anwar berkata watak Mawarni Suwono yang dilakonkan oleh Ayu Laksmi ditampal di dalam tandas di beberapa pusat membeli belah di Bangkok, Thailand.

Katanya lagi, ia adalah salah satu langkah promosi bagi filem tersebut yang ditayangkan di sana.
Fuh mesti ramai yang tak berani nak masuk tandas seorang diri kan? Lebih-lebih lagi apabila waktu malam.

 

3. Doktor Dapati Ada Ketulan Darah Beku Di Kepala Saleem

Sebut sahaja nama Saleem, pasti ramai yang kenal dengan penyanyi yang bersuara lunak dan serak-serak basah ini.

Menurut sumber Sinar Harian, Saleem memberitahu dia mengalami sakit kepala yang teramat sangat dan tidak pernah mengalami kesakitan seperti itu sebelum ini.

“Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mendapati ada ketulan darah beku di kepala saya kerana kekurangan oksigen,” katanya.

Namun begitu, Saleem kini sudah beransur sihat dan tidak berasa sakit lagi selepas diberikan oksigen dan ubat.

MH doakan semoga Saleem diberikan kesihatan yang baik dan sembuh seperti sediakala.

 

4. Azwan Kombos Tak Senang Hati Kalau Keluar Rumah Sebab Teringat Anak Di Rumah

Pelakon, Azwan Kombos baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya yang kini berusia dua bulan.

Azwan berkata kepada Mstar Online bahawa dia kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan akan berasa tidak senang hati kalau keluar kerana sering teringat anak di rumah.

Tambahnya lagi, jika mempunyai urusan di luar dia akan membawa sekali isterinya yang juga pelakon, Ezzaty Abdullah dan anaknya, Harum Dalia bersamanya.

IKLAN