Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Share

1. Siti Nurhaliza Bakal Ambil Tindakan Undang-undang Pada Penyebar Berita Palsu?

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa kecewa apabila terdapat sebuah blog yang telah menyebarkan sebuah berita palsu menggunakan gambarnya dan juga nama yang dieja ‘Sita Nurhaliza’.

 

2. Peminat Teruja Tengok Sherry Alhadad Semakin Kurus!

MH lihat kini pengacara dan pelakon popular, Sherry Alhadad kelihatan semakin kurus dan cantik.

Malah bukan MH sahaja yang perasan perubahan bentuk badan Sherry ini tetapi para peminat juga turut perasan dan memuji artis kesayangannya yang semakin langsing ini.

 

3. ‘Style Tak Pernah Mengecewakan’ – Fesyen Neelofa Di Anugerah MeleTOP Era 2018 Dapat Pujian Daripada Peminat

Kalau kita lihat sebelum ini, fesyen yang digayakan oleh pengacara dan pelakon popular, Neelofa sering mendapat kritikan daripada peminat.

Namun begitu, fesyen yang digayakan oleh Neelofa malam tadi semasa Anugerah MeleTOP Era 2018 mendapat pujian daripada peminat.

 

4. Penampilan Maya Karin Di Anugerah MeleTOP Era 2018 Buat Ramai Penonton Terpegun!

Penampilan pelakon popular berdarah kacukan, Maya Karin di Anugerah MeleTOP Era 2018 malam tadi nampaknya telah membuatkan ramai penonton terpegun melihat kecantikannya.

Pujian demi pujian diberikan kepada pelakon cantik ini.

Namun begitu ada juga segelintir yang berpendapat fesyen bajunya agak seksi.

IKLAN