Categories: Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

Share

1. Kazar Bakal Kembali Menyanyi?

MH pasti ramai yang kenal dengan pelakon popular, Kazar dan menurut sumber Harian Metro, Kazar mempunyai perancangan untuk menyanyi kembali.

Kazar juga berkata, dia tidak menolak sekiranya ada tawaran menyanyi dan mempunyai perancangan menghasilkan single bersama penyanyi remaja yang kini semakin meningkat naik namanya dalam industri seni tanah air, Tajul Arif menerusi runut bunyi bagi filem Enjin No.9.

 

2. ‘Jangan Cepat Menghukum, Manusia Tak Lari Dari Kesilapan’ – Aiman Tino Minta Maaf Pada Peminat

Penyanyi popular, Aiman Tino menerusi Insta Storiesnya memohon maaf kepada peminat-peminatnya kerana kesuntukan masa untuk beramah mesra dengan peminatnya semasa membuat persembahan di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Menurut Insta Storiesnya, Aiman berkata dia terpaksa bergegas ke lapangan terbang kerana ada beberapa artis yang terpaksa mengejar penerbangan mereka untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Aiman juga turut meminta peminat jangan cepat menghukum kerana setiap manusia tidak pernah dapat lari dari melakukan kesilapan.

 

3. Nora Beri Pesanan Kepada Artis Baharu Supaya Jangan Bajet Bagus

Sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam industri seni, Nora Ariffin menerusi sumber Mstar Online memberi pesanan kepada artis-artis baharu supaya jangan cepat merasakan diri mereka bagus atau sombong jika ingin kekal lama di dalam industri.

Nora juga berkata, mereka harus ikhlas berkarya dan merendah diri.

“Penggiat seni terutamanya kalangan orang muda perlu ikhlas berkarya demi mengasah bakat dan menonjolkan kemahiran yang kita ada. Jangan ‘bajet’ bagus (jangan perasan),” katanya kepada Mstar Online.

 

4. Afgan Teruja Terima Kejutan Dari Sheila Majid Semasa Konsert

Penyanyi popular daripada negara jiran, Indonesia, Afgan meluahkan rasa teruja di akaun Instagramnya apabila menerima kejutan daripada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid semasa konsertnya baru-baru ini.

Menerusi ruang kapsyennya, Afgan berkata dia diberitahu bahawa, dia harus menyanyikan lagu duetnya bersama Sheila secara solo namun begitu Sheila muncul semasa dia sedang menyanyikan lagu tersebut.

 

IKLAN