Categories: Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Share

1. Tahniah Diana Amir Hamil Anak Ketiga

Pelakon, Diana Amir menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi berita gembira dengan semua pengikutnya bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga. Diana telah memuat naik video ketika melakukan imbasan terhadap bayi dalam kandungannya.

2. Sharifah Sakinah Luah Rasa Sedih, Gajah Hamil Dipukul Dengan Pisau

Pelakon popular, Sharifah Sakinah telah meluahkan rasa sedih apabila seekor gajah yang ditunggang olehnya bersama suami tercinta diseksa hanya kerana tuan kepada gajah ini mahu haiwab itu berjalan. Luahan hati Sakinah ini dikongsikan sendiri olehnya menerusi akaun Instagramnya dan menurut ruang kapsyen pula, Sakinah berkata gajah tersebut sedang hamil dan tidak mahu berjalan tetapi dipaksa dengan pukulan dan diugut dengan pisau oleh tuannya. Dalam video yang dikongsi oleh Sakinah, pelakon ini berkata dia dan suaminya tidak patut menunggang haiwan itu.

3. Kesiannya, Firman Terpaksa Menyanyi Sambil Duduk Kerana Sakit

Penyanyi yang berasal dari Indonesia, Firman terpaksa membuat persembahan sambil duduk di kerusi kerana menahan kesakitan. Menurut laporan Mstar Online, Firman telah mengalami ‘slipped disc’ atau kegelinciran pada tulang belakangnya beberapa minit sebelum namanya dipanggil untuk membuat persembahan di Karnival OK Bersama Rakyat anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) pada Sabtu lalu.

“Sudah dua tahun penyakit ini tidak berlaku selepas saya berubat secara tradisional di Indonesia sebelum ini. Ia amat menyakitkan,” kata Firman kepada mStar Online.

 

4. Dikatakan Guna Anak Untuk Kaut Untung, Che Ta Nafi Dakwaan Tersebut

MH pasti ramai yang kenal dengan anak kepada selebriti popular, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhiya Rana kerana anak kecil ini sangat comel dan petah. Terbaru, Aaisyah telah menjadi duta kepada produk makanan tambahan untuk kanak-kanak. Rentetan daripada hal itu, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta telah didakwa oleh netizen menggunakan anaknya untuk mengaut keuntungan. Walau bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, Che Ta menafikan dakwaan tersebut dan berkata dia tidak pernah menggunakan anaknya untuk mengaut keuntungan tetapi dia hanya berkongsi dengan semua produk yang diambil oleh anaknya itu.

“Tiada langsung niat saya untuk memanipulasi anak sendiri. Berikutan ramai yang bertanya, apa yang Aaisyah makan sewaktu proses tumbesarannya, jadi saya kongsikan ia sebagai produk makanan tambahan yang terbaik,” katanya.

IKLAN