Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

Share

1. Tahniah! Nita Hamzah Kini Sah Bergelar Isteri

Tahniah MH ucapkan buat penyanyi, Nita Hamzah yang kini sudah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Fareez Shamsul Bahari semalam.

Hanya dengan sekali lafaz maka pasangan ini sah bergelar suami dan isteri.

Menurut laporan Astro Gempak, Nita dan suaminya telah dinikahkan oleh adik kepada Nita dengan mas kahwin sebanyak, RM300.

 

2. Adi Putra Umum Kini Sudah Bergelar Warganegara Malaysia!

Pelakon yang berasal daripada Singapura, Adi Putra menerusi perkongsiannya di Instagram telah mengumumkan kini dia sudah bergelar warganegara Malaysia.

Perkongsiannya itu telah direpost oleh sebuah akaun Instagram bernama @adphotlovers.

 

3. Tahniah! Rody Kristal Dan Atlet Kebangsaan Kini Sah Bergelar Suami Dan Isteri

Pada 27 April yang lalu, gitaris kumpulan Kristal, Rody telah selamat diijabkabulkan bersama gadis pilahn hatinya, Niena Azman yang merupakan penjaga gol skuad futsal kebangsaan.

Rody menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa syukurnya selepas selamat dinikahkan.

“Alhamdulillah.. hari ini hari bersejarah buat hidupku.. dengan sekali lafaz,aku telah menjadi suami @niena_azmann .. buat isteri yg tercinta.. insyaallah i akan jaga dan bimbing syg.. ❤️ … tunggu ade byk gambar lagi nak upload.. #nadiNR,” tulis Rody.

 

4. As’ad Motawh Kongsi Video Terjatuh Atas Pentas Runaway

Malang sememangnya tidak berbau, penyanyi remaja, As’ad Motawh menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik sebuah video yang merakamkan diriny terjatuh di atas pentas runaway pertunjukkan fesyen Primavalet minggu lalu.

Rakan-rakan artis yang berada di atas pentas itu juga, masing-masing turut membantu As’ad ketika dia terjatuh.

IKLAN