#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hari Ini!

1. Kes Mahkamah Ditangguh, Farid Kamil ‘Operate’ Lutut!

Peguam kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil terpaksa membuat pemohonan kepada mahkamah supaya menangguhkan sebutan kes jenayah yang melibatkan pelakon ini sehingga 29 Jun.

Semua ini gara-gara Farid bakal menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital ibu negara dalam masa terdekat.

Majistret Nor Ariffin Hisham yang mendengar kes itu membenarkan permohonan itu dibuat dan enam kes jenayah yang melibatkan suami kepada pelakon jelita Diana Danielle bakal didengar semula pada tarikh yang dicadangkan.

 

2. Luahan Hati Akim Ahmad Buat Ibu, Menyentuh Hati!

Seperti yang semua tahu, baru-baru ini vokalis kepada kumpulan Akim & The Majistret baru sahaja kehilangan ibu tercinta.

Namun melalui posting terkininya, Akim ada berkongsi sedikit nukilan terakhir buat ibunya yang cukup mendalam dan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang membaca sebak dengan bait-bait katanya.

IKLAN

Ibu Akim telah meninggal dunia di Hospital Kajang 5 Mei yang lalu.

 

3. Kes Uqasha: Polis Akan Lakukan Siasatan Sama Ada Pil Itu Dadah Atau Sebaliknya

Sejak berita pembebasan Uqasha dengan ikat jamin polis menjadi topik hangat semalam, ramai yang mempersoalkan bagaimana Uqasha yang miliki dadah di dalam begnya itu dilepaskan begitu sahaja dalam tempoh yang sungguh singkat.

Namun bagaimanapun, melalui Harian Metro, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Roslan Khalid berkata pihaknya akan menyiasat sama ada pil berbalut dengan aluminum foil yang dijumpai di dalam beg tangan Uqasha itu adalah sejenis dadah atau sebaliknya.

Tambahnya tiada sebarang isu bahawa pihak polis akan menghentikan siasatan berdasarkan dakwaan dia telah di sabotaj.

Malah, ujian makmal akan dilakukan dan selepas mendapat keputusan itu barulah pihak polis akan melakukan siasatan lain termasuk bagaimana bahan tersebut boleh berada di dalam begnya, termasuk unsur sabotaj seperti yang di dakwa.

 

IKLAN

4. Baru Perasan, Ameera Khan Ada Iras Dua Lipa!

Terlihat posting di sebuah blog hiburan, MH tersedar benar kata mereka, adik kepada pengacara MeleTOP Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan ada iras-iras wajah penyanyi New Rules iaitu Dua Lipa!

Rupa-rupanya bukan kami sahaja yang perasan, malah pengikut-pengikutnya juga beranggapan sama.

Fuhh beruntung betul Ameera, sudahlah adik kepada pengacara Neelofa, kemudian kehidupannya sering disamakan dengan Kylie Janner, sekarang ni wajahnya pula ada persis Dua Lipa!