Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Selebriti Kongsi ‘Positive Vibe’ di Media Sosial!

Share

1.Tak sampai 2 Tahun, Followers Yusuf Iskandar Cecah 2Juta!

Wowwww memang terbaik! Beruntung betul insan bernama Yusuf Iskandar ni!

Bayangkan baru sahaja setahun lebih jumlah followersnya di instagram sudah mencecah 2 juta pengikut!

Sering berkongsi gambar-gambar comel bersama ahli keluarga dan kucing kesayangan, keletah Yusuf yang cheeky dan manja berjaya membuatkan ramai orang sukakannya.

Jadi tidak hairanlah macam mana Yusuf boleh miliki pengikut setinggi ni bukan?

Nah ini dia beberapa gambar comel Yusuf!

2.Akhirnya Khloe Kardashian Umum Hamil!

Wah, dalam diam tiba-tiba satu jam yang lalu Khloe Kardashian telah mengesahkan dan mengumumkan secara rasmi dirinya kini sedang hamil!

Jika anda mengikut perkembangan tentang ahli keluarga ini pasti anda tahu bagaimana kehidupan Khloe.

Sebelum ini, Khloe pernah berkahwin dengan Lamar Odom dan berpisah kerana beberapa isu yang merumitkan dan akhirnya bersama pasangan terkininya Tristan Thompson.

Walaupun sehingga kini mereka tidak mengesahkan status perkahwinan mereka, namun ramai dapat mengaggak mereka sudah berkahwin kerana di dalam gambar pengumuman itu, terlihat jelas Khloe memakai cincin perkahwinan yang mewah.

Apapun Tahniah Khloe, akhirnya impiannya untuk menjadi seorang ibu tercapai!

3.Tuah Jadi Mangsa Panggilan Prank, Zairi Zainal Terima Tajaan Serba Lengkap

Siapa sangka pada awalnya menjadi mangsa panggilan prank, tiba-tiba tuah menyebelahi dirinya.

Itulah yang terjadi pada seorang lelaki bernama Zairi Zainal, seorang lelaki mempunyai misi ekspedisi menjelajah satu semenanjung dengan berbasikal solo melawat 320 masjid dan mengumpul derma untuk diserahkan kepada sesiapa yang memerlukan.

Menurut laporan kami sebelum ini, ada seorang lelaki mendakwa perbuatan panggilan prank tersebut agak melampau kerana tidak menjaga sensitiviti Zairi seumpama mempermainkan perasaannya.

Rakaman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari pendengar. Ada yang terhibur dan ada juga yang agak terasa dan bersedih dengan apa yang terjadi.

Namun, dengan rasa bertanggungjawab, stesen radio terbabit telah tampil kehadapan memohon maaf dan memberi ganjaran kepada Zairil dengan membelikannya basikal baru.

Bukan itu sahaja, Malah beberapa pihak lain turut kehadapan memberi pertolongan serta menaja kelengkapan lain untuk kegunaannya.

4.Sajat Kongsi Tip Jadi Lebih Kuat!

Baru-baru ini MH ada berjumpa dengan Nur Sajat di sebuah majlis sidang media Abang Nak Tegur.

Memandangkan isu tentang vokalis utama SHINee yang ditemui mati akibat bunuh diri kerana gagal mengawal kemurungan hangat diperkatakan, kami meminta pandangan Sajat dan bertanya bagaimana Sajat boleh begitu kuat sedangkan sering menerima pelbagai kecaman.

Menurutnya, benda paling utama adalah jangan sesekali melayan atau leka dengan komen-komen yang ditinggalkan kerana tidak semua orang menyukai diri, kehidupan, pakaian atau kebahagiaan kita.

Malah Sajat juga beri beberapa tip yang lain…

  • Jangan terlalu ambil serius dengan setiap kata-kata yang dikeluarkan kerana mereka hanya berkata atas apa yang mereka nampak luaran. Hakikatnya hanya kita dan ahli keluarga yang lebih mengenali diri kita sendiri.
  • Perlu bijak menapis kata-kata atau nasihat daripada siapa. Jika dibandingkan dengan ahli keluarga dan orang luar lebih baik utamakan orang yang selalu support dan beri semangat pada kita terlebih dahulu.
  • Walau moden mana sekalipun jangan lupa untuk beristigfar, selawat dan dekatkan diri pada Sang Pencipta.
  • Sentiasa bergaul dan kelilingi orang yang positif!
IKLAN