Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Selebriti Beri Pandangan Dan Bidas Kenyataan Dira Abu Zahar

Share

Nampaknya isu Dira Abu Zahar menasihati Fathia ketika memberi ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memang menjadi perbualan hangat dikalangan netizen.

Walaupun ada yang bersetuju kenyataan Dira yang meminta Fathia untuk turun padang dan jangan hanya tahu menulis keluhan di media sosial sahaja, namun masih banyak juga yang kurang bersetuju dengan kata Exco Puteri Umno ini.

Ramai beranggapan Dira tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata seperti itu kerana dirinya juga merupakan salah seorang selebriti yang dikenali di tanah air.

Bukan sahaja peminat, nampaknya golongan artis juga turut terasa dengan komen pedas dan lantang daripada pelakon 100 Hari Jadi ini dan mempersoalkan bagaimana Dira yang dahulunya dalam bidang yang sama tergamak mengeluarkan kata-kata seperti itu.

Malah tidak ketinggalan, ada juga beberapa kalangan artis yang turut membangkang kata Dira kononnya selebriti tidak perlu masuk campur dalam hal ini.

Ini dia beberapa Selebriti yang menyuarakan dan berkongsi pendapat mereka tentang isu ini.

1. Adibah Noor

2. Daphne Iking

 

3. Ahmad Idham

4. Sharifah Amani

IKLAN