1.Tahniah, DJ Lin Kini Pengurus Program Suria FM!

#MHBreakfirst: 4 Berita Gembira Yang Berlaku Semalam

Wah seronoknya kami dengar berita ini. Nampaknya segala penat lelah dan kerja keras DJ Lin yang terkenal melalui segmen Suria Cinta telah dilantik sebagai Pemangku Pengurus Program Suria FM.

Menurut laporan Hiburan @ Sinar Harian, penyampai senior itu mempunyai rancangan untuk memperkukuhkan lagi team programming serta menitik beratkan soal pemilihan serta penyusunan lagu.

Malah, Lin juga mempunyai rancangan untuk mengandingkan muka-muka baru di Suria yang berpengalaman dalam bidang penyampaian.

Apapun MH ingin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat DJ Lin!

2.Akaun Fattah Dihujani Tahniah?

#MHBreakfirst: 4 Berita Gembira Yang Berlaku Semalam

Sejak beberapa hari ini MH sering ditanya netizen adakah benar Fattah dan Fazura bakal berkahwin?

Namun kami tidak berani untuk memberi sebarang jawapan dan masih menunggu update dari tuan punya badan.

Tetapi sejak Fattah muat naik gambar Kaabah di akaun instagram miliknya semalam, akaun Fattah telah dihujani dengan ucapan tahniah!

IKLAN

Mana tidaknya, spekulasi tentang perkahwinan mereka terlalu kerap diperkatakan sehingga ada pihak memaklumkan mereka telah bernikah malam tadi.

MH turut diberitahu kemungkinan besar mereka berdua telah disatukan di rumah nenek Fazura.

Apapun sehingga kini masih belum ada mana-mana pihak yang berani ke hadapan untuk memberi pengesahan tentang isu ini.

Sekiranya benar, MH ingin tumpang gembira dan ucapkan tahniah buat mereka berdua.

3.Komposer Perancis Ingin Berkerjasama Dengan Nurul Wahab?

#MHBreakfirst: 4 Berita Gembira Yang Berlaku Semalam

IKLAN

Satu khabar berita yang sangat mengembirakan. MH ada terbaca di sebuah portal media tempatan memberitahu Nurul Wahab kini sedang berusaha untuk mengeluarkan album yang mengandungi tujuh buah lagu.

Menurutnya, album berjudul Humaine (manusia) mengandungi enam buah lagu berbahasa Perancis dan sebuah lagu berbahasa Inggeris.

MH difahamkan, untuk menyiapkan sebuah album ini Nurul telah menetap di Perancis selama empat bulan demi mengaut ilmu.

Walaupun perlu berkerja keras sedikit untuk belajar bertutur bahasa Perancis agar jelas dan betul, Nurul tidak berputus asa untuk miliki album yang berkualiti.

Wah memang terbaiklah, MH doakan agar semua perjalanan Nurul dipermudahkan. Tak sabar rasantya nak dengar lagu-lagu Nurul.

IKLAN

4.Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos Teruja Menyambut Cahaya Mata Pertama

#MHBreakfirst: 4 Berita Gembira Yang Berlaku Semalam

Jujur MH tak sabar dan turut teruja untuk menanti kelahiran cahaya mata pertama Ezzaty Abdullah bersama Azwan Kombos.

Melalui hMetro, pasangan ini dikatakan hampir setiap hari keluar untuk membeli barang keperluan bayi. Maklumlah mereka bakal menyambut kelahiran bulan depan.

Walaupun sering merasa sakit di bahagian pinggang dan kaki namun, Ezzaty memandangnya dari sudut yang positif kerana teruja dan dalam masa yang sama demi kebaikannya juga.

Malah MH turut terbaca, jika boleh Ezzaty ingin ibunya berada di sisi sewaktu dia bersalin. Namun kemungkinan besar hasratnya itu tidak kesampaian kerana mereka bakal ke Makkah untuk mengerjakan Umrah.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI