Uncategorized

“Mestilah Rindu Kak Ardell,” – Ini Spekulasi Netizen Bila Nadzmi Adhwa Muat Naik Status Fasal Rindu

Share

Semalam, pelakon Nadzmi Adhwa menimbulkan persoalan netizen apabila memuat naik kapsyen rindukan seseorang di laman Instagramnya.

“Awak punca saya ketawa, senyum, meroyan, menangis & jadi kuat berangan. Awak juga lah sebab saya luruskan rambut sekejap.

 

“Terima kasih awak. Eh tetiba rindu awak. Entah siapa la awak tu ya,” tulisnya.

Susulan itu, ramai netizen berspekulasi bahawa ‘seseorang’ yang dimaksudkan Nadzmi adalah rakan baiknya, Ardell Aryana.

Sebelum ini, pasangan yang mengaku hanya berkawan baik ini sering kali mendapat ‘restu’ daripada netizen untuk berkahwin. Bagaimanapun, kedua-dua mereka hanya selesa menjadi teman sahaja.

Apa-apapun, kita doakan yang terbaik sahaja, kalau ada jodoh tak kemana kan?

IKLAN