Penyanyi dan pengacara, Alif Satar menyifatkan Nabil Ahmad merupakan antara sahabat yang sering mengingatkannya mengenai soal akhirat.

Ucapan tersebut dibuat bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nabil yang ke-35 yang dimuat naik oleh Alif menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“You’d think kalau duduk melepak dengan Nabil ni sembang2 merapu, but no. Dia ni antara kawan2 Alif yang selalu bercerita dan mengingatkan pasal akhirat. So semoga ke jannah kita, Bil dan semoga Allah swt merahmati kau dan family! Happy birthday my brother have a good one!” tulisnya

Alif turut menangkis tanggapan segelintir pihak yang sering melabel Nabil sebagai seorang yang gemar merapu dan bercakap kosong.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen memuji nilai persahaban yang ditunjukkan oleh kedua-dua selebriti ini dan mereka turut menitipkan ucapan hari lahir buat pelawak tersebut.

IKLAN

“Mesti Anda Ingat Dia Ni Kuat Merapu, Tapi Sebenarnya…,”- Ucapan Sentuh Hati Alif Satar Sempena Birthday Nabil Ahmad

“Mesti Anda Ingat Dia Ni Kuat Merapu, Tapi Sebenarnya…,”- Ucapan Sentuh Hati Alif Satar Sempena Birthday Nabil Ahmad

IKLAN

Dikesempatan ini, MH turut ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Nabil Ahmad. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin!

Foto: Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI