Pelawak Ali Puteh berharap agar dirinya terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangannya berentap di program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) malam ini dalam peringkat suku akhir.
Pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut meluahkan bahawa perjalanan kehidupannya sangat berat untuk dihadapi kerana perlu bersaing dengan peserta MLM 2019 dan telah kehilangan anak tersayang, Sharifah Nur Ainul Mardhiah baru-baru ini.
“Esok (hari ini) suku akhir dah.. Cepat mase berlalu.. sebulan dah arwah adik tinggalkan dunia ini dan bermain di taman syurga.
“Doakan walid terus kuat bersaing di atas pentas keramat ini…berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga ada kekuatan untuk terus bersaing esok,” tulisnya.
“Lelaki ni cemburu sebab dia sayang.” Itu kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein apabila ditanya sama ada bakal suaminya, Mohamad Azlan seorang yang kuat cemburu atau sebaliknya.
Malah, bintang Kampung People itu turut mendedahkan, sebagai pasangan tunang ia suatu yang normal dan andai ada masalah, keduanya lebih senang untuk berbincang.
“Saya pun cemburu juga, tetapi bukanlah masing-masing cemburu yang membuta tuli. Misalnya kalau ada hal yang tak berapa okay di matanya, dia akan cuba cakap dan saya suka cara yang begitu. Begitu juga sebaliknya.
“Apa yang boleh saya beritahu setakat ini perhubungan kami ini dilihat sihat kerana tiada unsur-unsur ‘checking’, nampak matang dan masing-masing beri kepercayaan.
“Saya sendiri ada beritahunya bila sudah berkahwin kita ada dua pilihan iaitu untuk gembira atau nak berduka. Kalau mahu nak gembira kena terima keburukan atau kelebihan pasangan, saling sayang dan sebagainya.
“Apa pun saya tidak nafikan hidup sebagai suami isteri akan ada masalahnya. Ia suatu yang normal cuma tinggal lagi bagaimana kita untuk selesaikannya. Bukan dengan cara mencari masalah.
“Dalam perhubungan ada pasang surutnya, kena ada tolenrasi dan bertolak ansur. Kami pilih bahagia dan cuba untuk jaga kepercayaan yang diberi,” katanya kepada MH.
Elly yang mesra disapa Kak Lina itu juga secara seloroh turut menjelaskan, tunangnya itu sering ‘update’ aktiviti, lengkap dengan video.
“Cuma cikgu ni sejenis, mana yang dia pergi dia akan beritahu pakej dengan video. Saya tidak minta tapi dia beri. Mungkin itu caranya dan selesa dengan cara begitu hingga saya pun buat hal yang sama.
“Kami jarang berjumpa dan apa yang kami boleh buat ialah buat panggilan video. Cuma saya ada beritahunya, bagus kita buat macam ni tapi kalau sudah berkahwin nanti dan lama kelamaan, ia akan jadi janggal.
“Sebolehnya apa yang kita buat hari ini, harap ia akan berterusan sampai bila-bila,” terang Elly yang memberitahu persiapan majlis nikahnya sudah pun lebih 50 peratus berjalan.
Awal hari ini, pengarah dan pelakon Michael Ang ada melawat Emma Maembong yang terpaksa dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu kerana mengalami deman virus baru-baru ini.
Menerusi Instagram, Michael ada berkongsi perkembangan terkini pelakon terbabit selain turut mendoakan agar Emma segera sembuh.
“Salam semua. Baru lepas melawat @emma_maembongofficial kat hospital. Alhamdullilah dah bertambah sihat.
“Doa kan aje yg baik baik ok. Tak payah kutuk. Abaikan apa I ckp kat video ni Sebab kita kawan so kasar la bahasa ya. Luv u all!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.