Uncategorized

Meriah, Sekitar Majlis Akikah Anak Nubhan

Share

Baru-baru ini penyanyi, Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah telah mengadakan majlis akikah untuk anak sulung mereka, Aafiya Kamilia Ahmad Nubhan dengan penuh meriah.

Majlis yang berlangsung di Seremban itu dihadiri saudara dan juga rakan terdekat termasuk rakan-rakan pasangan suami isteri itu.

Nubhan juga telah berkongsi momen-momen indah sekitar majlis anak sulungnya itu menerusi akaun Instagram miliknya khas buat tatapan peminat.

Ruangan komen di Instagram Nubhan juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya yang begitu teruja dan memuji anak perempuannya itu cukup comel.

Perkongsian pelantun lagu Ada Untukmu itu telah menerima lebih daripada 11,000 likes setakat ianya dimuat naik dua hari yang lalu.

Pada majlis berlangsung, Nubhan dan isteri kelihatan manis memakai baju sedondon berwarna ungu dan Aafiya pula comel memakai gaun berona putih.

Aafiya dilahirkan secara normal pada 10 Mei 2017, kira-kira pukul 9.45 di KPJ Seremban Specialist Hospital.

Nubhan dan Afifah yang kini bekerja sebagai doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 di kediaman isterinya di Seremban.

Di sini MH Online kongsikan foto-foto comel Aafiya Kamilia ahmad Nubhan sepanjang majlis berlangsung.

IKLAN