Meskipun sudah memahat nama sebagai antara artis legenda tanah air, trio adik-beradik KRU belum mempunyai perancangan untuk menarik diri daripada menyertai mana-mana program berbentuk anugerah.

Menurut salah seorang anggotanya, Edry, KRU akan terus kekal profesional dan terbuka menerima sebarang bentuk penghargaan yang diberikan kepada mereka.

“Mereka Yang ‘Hardcore’ Akan Marah…,” – KRU Belum Rancang Tarik Diri Dari Program Anugerah, Hormati Perasaan Peminat

“Kami perlu kekalkan sikap profesional. Kalau sudah dicalonkan, kita terima sahaja. Saya faham semua artis nak merasa menang. Anugerah itu merupakan satu pencapaian bila kita bersara nanti.

“Namun, terimalah nasihat daripada saya, tiada trofi yang lebih berharga daripada sokongan dan penerimaan peminat.

“Artis perlu berkarya untuk diri sendiri dan peminat. Bukan untuk mengejar sebarang habuan. Sebagai pengkarya, terus hasilkan karya terbaik. Anugerah itu adalah bonus,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Norman pula berpandangan penarikan diri mereka hanya akan menghampakan perasaan peminat yang selama ini bertungkus-lumus menyokong perjalanan seni mereka.

“Mereka Yang ‘Hardcore’ Akan Marah…,” – KRU Belum Rancang Tarik Diri Dari Program Anugerah, Hormati Perasaan Peminat

Ads

“Kami tercalon di ABPBH30 untuk kategori Kumpulan Paling Popular. Yang undi adalah peminat. Mereka yang hardcore akan marah kalau kita tidak bertanding. Kami perlu hormati perasaan mereka.

“Namun, jangan kecewa kalau kami tak menang. Ada banyak lagi anugerah lain yang boleh kita menangi. Ada kalanya peminat yang lebih kecewa daripada kami. Kami okay sahaja,” ujarnya.

Fokus Kini Untuk Peminat, Bukan Trofi

Jelas Norman lagi, segala bentuk anugerah dan pengiktirafan kini bukan lagi menjadi keutamaan buat KRU.

“Mereka Yang ‘Hardcore’ Akan Marah…,” – KRU Belum Rancang Tarik Diri Dari Program Anugerah, Hormati Perasaan Peminat

Ads

“Sebelum ini, ada temu bual tentang kejayaan kami memenangi anugerah Video Klip Terbaik di AIM24. Terus terang kami katakan, kami kini sudah tidak lagi mengejar anugerah.

“Kalau ada pihak yang nak bagi anugerah, kami bersyukur tapi tidaklah sampai mencari-cari. Kami tak anggap anugerah ini sebagai satu pencapaian yang memberikan kepuasan.

“Kepuasan kami ketika ini adalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat peminat terutamanya ketika menjayakan konsert,” kongsinya lagi.

KRU berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pengumuman konsert GenKRU The Finale ‘One More Time’ yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ads

Dalam pada itu, Edry turut menyeru anak-anak seni untuk terus menumpukan perhatian terhadap karya mereka sambil percaya anugerah pasti akan hadir pada waktunya.

“Mereka Yang ‘Hardcore’ Akan Marah…,” – KRU Belum Rancang Tarik Diri Dari Program Anugerah, Hormati Perasaan Peminat

“Siapa sahaja yang tak suka bila diberikan perhatian. Mungkin mudah bagi artis senior untuk berkata sebegini. Saya faham perasaan menang dan kalah.
“Artis baharu pun nak merasa menang. Masa anda akan tiba juga nanti,” akhirinya.

Terdahulu, selepas sukses mengadakan lima siri konsert GenKRU pada Mei lalu, KRU kini mengumumkan penganjuran sebuah lagi persembahan berskala mega yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 22 November depan.

“Mereka Yang ‘Hardcore’ Akan Marah…,” – KRU Belum Rancang Tarik Diri Dari Program Anugerah, Hormati Perasaan Peminat

Tiket bakal mula dijual Jumaat ini jam 11 pagi bermula pada harga RM188, RM228, RM238, RM268, RM318, RM358, RM488 dan RM558.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads