
Penerbit filem terkenal Hong Kong, Tiffany Chen, mengesahkan bahawa dua anak lelakinya tidak akan menerima sebarang harta pusaka daripada wasiat yang telah disediakan, sekali gus mencetuskan perhatian meluas dalam industri hiburan Asia.
Chen yang juga isteri kepada tokoh perfileman tersohor Hong Kong, Charles Heung, membuat pendedahan tersebut menerusi satu siaran video yang dimuat naik ke platform media sosialnya baru-baru ini.
Dalam kenyataan itu, beliau secara terbuka menyatakan bahawa kedua-dua anak lelakinya, Jacky Heung dan Jonathan Heung, tidak akan menerima apa-apa daripada harta peninggalannya.
Menurut Chen, keputusan tersebut dibuat secara sedar dan berlandaskan perancangan jangka panjang keluarga, dengan penekanan khusus diberikan kepada kebajikan generasi seterusnya iaitu cucu-cucunya.
Beliau turut menjelaskan bahawa anak-anaknya telah pun menerima sokongan kewangan dan peluang mencukupi sebelum ini, termasuk bantuan dalam kerjaya serta perniagaan masing-masing.
“Ini adalah wang milik saya sendiri, dan saya berhak memberikannya kepada sesiapa yang saya kehendaki. Mereka tidak akan menerima apa-apa. Saya sudah pun memberikan mereka apa yang diperlukan untuk menghasilkan filem dan memulakan perniagaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Chen memaklumkan bahawa sebahagian asetnya akan diuruskan menerusi dana amanah khusus untuk cucu-cucunya, selain langkah menjual beberapa aset bagi memastikan pengurusan kewangan yang lebih teratur dan mampan.
SekadarJacky Heung merupakan figura yang dikenali dalam industri perfileman Hong Kong dan China, manakala Jonathan Heung pula lebih banyak terlibat di sebalik tabir dalam pengurusan perniagaan keluarga.
Sebagai penerbit, Tiffany Chen mempunyai rekod panjang dalam industri perfileman Hong Kong, khususnya menerusi syarikat China Star Entertainment Group. Antara filem terbitan yang pernah dikaitkan dengan beliau termasuk Black Mask (1996) lakonan Jet Li, The Duel (2000), Love on a Diet (2001), The Wesley’s Mysterious File (2002) serta A Very Short Life (2009).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




