Mereka Pernah Buat Gimik Untuk Promosi Lagu Baru, Menjadi Pulak Tu!

Sebagai seorang penyanyi, pelbagai cara untuk mempromosikan lagu terbaru mereka agar cepat dikenali, seterusnya trending di laman sosial.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya gimik yang dilakukan mereka seperti diikuti penyanyi lainnya.

Berikut empat penyanyi yang pernah buat gimik dan masyarakat percaya ‘bulat-bulat’ situasi tersebut.

1. Nabila Razali.

Popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila pernah membuat gimik apabila dia bergambar bersama pelakon remaja, Aedy Ashraf tersebar di media sosial.

Tanda tanya mula timbul dalam kalangan netizen apabila Nabila membuat video tersesak-esak menagis di dalam kereta dan netizen mula menggangap bahawa penyanyi itu sudah putus dengan Aedy.

IKLAN

2. Wany Hasrita.

Penyanyi yang manis berhijab, Wany Hasrita pernah mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan sedang hangat bercinta bercinta dengan penyanyi remaja , Tajul.

Walaubagaimanapun, ia hanya gimik untuk mempromosikan lagu berjudul Rindu Dalam Benci.

3. Haqiem Rusli.

Penyanyi yang sinonim dengan ‘kaca mata hitam’, Haqiem Rusli pernah mengejutkaan orang ramai apabila dia membuat kenyataan bahawa dia ingin berhenti menyanyi kerana tertekan dengan bully-siber.

Namun, itu hanyalah gimik sahaja untuk mempromosikan lagu terbarunya berjudul Selamat Tinggal Sayang.

IKLAN

4. Daiyan Trisha.

Terbaru, penyanyi berusia 25 tahun itu telah membuat gimik apabila dia memakai gaun pengantin serba putih dan memuat naik gambar tersebut di akaun Instagramnya beserta kapsyen yang membawa tarikh simbolik iaitu 19.08.2018.

Namun, ia hanya gimik untuk mempromosikan lagu terbarunya berjudul Langit.

Adakah perlu atau tidak untuk buat gimik ini semua? Masing-masing terletak pada seseorang artis itu untuk promosikan lagu terbaru mereka.