Tidak hanya sekadar berkebolehan menyanyi, namun Ernie Zakri kini cuba menonjolkan dirinya dalam bidang lakonan menerusi Suri Katrina arahan Pali Yahya.
Memegang watak sebagai Suri yang merupakan seorang gadis psiko, Erni akui watak tersebut sangat sukar dibawa.
“Pada awalnya saya terima tawaran ini kerana ia ada sembilan episod sahaja, jadi saya terima sajalah.
“Saya jangkakan watak ini ringan tapi tak sangka ia sesuatu yang berat,” katanya kepada MH.
Popular dengan lagu Ku Bersuara, Ernie akui bahawa berlakon merupakan perkara sukar untuk digalas.
“Berlakon adalah perkara paling sukar kerana mereka (pihak produksi) mengarahkan saya menagis untuk menjiwai watak ini.
Ads
“Sekali gus, ia memberikan kesan sedikit sebanyak dalam tekanan dalam diri saya dan berani saya katakan bahawa ini lakonan terakhir untuk tahun ini,” kongsinya.
Ernie,27, ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini bagaimanapun tetap positif untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelakon untuk pertama kali.
“Saya kena tetapkan komitmen untuk menjayakan watak ini selama sebulan, walaupun hanya sembilan episod (Erni jayakan) daripada 49 episod di kaca TV.
Ads
“Sangat sukar bagi saya pada mulanya, tetapi saya perlahan-lahan menjiwai bidang lakonan khususnya memeganb watak psiko sebegini,” jelasnya yang bergandingan bersama pelakon Hasnol Rahmat,Ummi Nazeera dan Zul Huzaimy.
Tetap dengan pendirian sebagai seorang penyanyi, Erni lebih tenang dan gembira ke arah sedemikian.
“Apabila bangun pagi,orang suruh saya menyanyi, saya boleh lakukan dengan gembira.
“Tetapi kalau berlakon saya akan menagis di bucu katil,” selorohnya.
Ads
Drama tersebut bakal disiarkan bermula 30 Oktober ini di Astro Prima (105).
Dalam perkembangan lain, Ernie bakal bergandingan dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert Karya Agung PakNgah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) Bersama Orketra Tradisional Malaysia pada 14 dan 15 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Turut sama menjayakan konsert tersebut seperti Syamel, Asmidar dan Rojer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak kumpulan Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30 atau Kamal Sumbu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.40 petang di Hospital Putrajaya, hari ini.
Perkara itu disahkan rakan Allahyarham, Atoi Tohet.
“Kawan-kawan. Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk sahabat dunia akhirat saya, Kamal Shah @ Kamal Sumbu yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Putrajaya tadi.
“Moga Allah rahmati rohnya dan letakkan bersama orang beriman. Aminnn. In shaa Allah,” tulisnya di Facebook.
Allahyarham mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya jam 2 petang semalam.
Ketika itu, Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membuat penghantaran pesanan patin tempoyak di Sepang.
Kamal mula dikenali selepas menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 dan menjadi naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.
Allahyarham sepatutnya menyertai MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.
Penyanyi, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi foto tersebut, penyanyi yang terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya itu telah mengimbau foto dirinya ketika berusia 8 tahun.
Kongsi penyanyi berusia 32 tahun itu lagi, dia pernah menerima anugerah pelajar cemerlang tak lama dulu.
“ULTIMATE THROWBACK but I am STILL this girl! Little Yuna in this photo was 8 or 9 and awarded best student in her class or something LOL!
“She was weird, loved going to school, she’d always try and get good grades, win art & singing contests etc she loves singing, art, netball, fashion (i mean..!!) and her friends.
“Wow I hope I made her proud. Shoutout to my friends from 1998 batch I still love you guys so much thanks for shaping me and still keeping in touchAnd also-
“I probably own 100 pairs of black boots and these were my first…Lol so nice to see this pic again and be reminded Im still the same girl but just a little taller and little bit more sass. Thanks mom,” tulisnya.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...