Semalam, pelakon veteran, Wan Maimunah ada meluahkan rasa terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat yang dilihat seperti mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.
Kata bintang senior itu menerusi Instagram, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalan dan sedih apabila namanya dianggap seperti dipermainkan dengan menggunakan perkataan keji.
“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud,” tulisnya.
“Terima kasih bagi yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Banyak mesej, tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” tulisnya pada entri terkininya pula.
Menerusi Instagram Nur Sajat sebelum ini, dia ada memuat naik rakaman pendek ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya yang diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.
Lantas, posting berkenaan terus mendapat kecaman dan ada yang meminta kedua-dua usahawan selebriti itu agar menjaga kata.
Pelakon senior, Datuk Afdlin Shauki akui bahawa dia tidak boleh menghalang minat anaknya untuk turut sama ceburi bidang lakonan.
Kongsi pelakon filem Papadom ini lagi, sekiranya anak-anak terlibat dalam dunia hiburan, dia sebagai bapa cuba memberi semangat dan sokongan buat mereka.
“Sebenarnya saya suruh anak-anak saya jadi doktor, usahawan, jurutera. Tetapi akhirnya mereka ‘sangkut’ ke arah hiburan pula.
“Seorang masuk bidang muzik, seorang lagi masuk lakonan dan yang bongsu pula nampaknya seperti ke arah hiburan juga sebab dia minat K-Pop,” kata Afdlin kepada MH.
Malah, Afdlin juga mengakui sudah sedia lalui liku-liku kehidupan bergelar seorang artis kerana baginya ia merupakan suatu perkara mencabar.
“Saya tahu susah senang bergelar seorang artis. Kadang-kadang berada di atas, begitu juga sebaliknya.
“Lagi-lagi bila dah berkeluarga, tekanannya agak kuat dan mencabar.
“Mereka (anak-anak) tidak tahu apa yang saya sudah lalui, bagi mereka industri seni ini hanya menyeronokkan sahaja.
“Saya sudah beritahu hal sebenar tetapi anak-anak tetap ingin mengikut jejak ayahnya juga.
“Jadi, ini adalah masanya untuk saya perbaiki industri supaya apabila anak-anak jejak kaki, mereka akan berasa selesa,” kata Afdlin.
Terdahulu, bintang teater Pawana Isabella ini ditemui ketika majlis pelancaran Disney Wizards Of Warna Walk yang diadakan di Bangunan Ex8, Subang Jaya, pada Rabu.
Bagaimanapun, Afdlin menarik nafas lega kerana kehidupan bergelar artis kini semakin terjaga.
“Saya berasa lega apabila dengar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan melakukan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) kepada para pelakon.
“Perkara sebegini bagus untuk anak-anak kerana kebajikan mereka terjaga. Saya ingat kata arwah ibu saya, jika ingin berada dalam bidang seni, mesti jadi yang terbaik.
“Itu juga yang saya pesan kepada anak-anak saya,” jelas Afdlin.
Dalam perkembangan lain, Afdlin dan anak perempuannya, Mia Sara,19, bergandingan bersama buat pertama kalinya dalam Disney Wizards Of Warna Walk.
Selain Afdlin dan Mya, sitkom fantasi ini turut dibintangi oleh Emma Sofea, Idan Aeden, Carmen Soo, Zain Hamid dan ramai lagi.
Disney Wizards Of Warna Walk akan mula ditayang pada hari Jumaat, 30 Ogos 2019 jam 1 tengah hari menerusi saluran Disney Channel (Astro CH 615).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.