Categories: Uncategorized

Menyampah Dengan Netizen ‘Tak Sayang Mulut, Ini Respon Padu Ainul Aisyah!

Share

Pelakon, Ainul Aishah mempunyai ‘mesej khas’ buat para ‘haters’ yang tidak henti-henti memberikan kecaman terhadapnya selama ini.

Dia menulis mesej tersebut di ruangan kapsyen laman Instagramnya semalam.

“Screw you,” tulisnya.

Saat peminat bertanyakan sebab kapsyen sedemikian, ini merupakan jawapan balas Ainul.

“Haha sbb annoyed dgn ‘netizens’ lol,” tulisnya.

Dalam pada itu, ramai juga netizen lain yang memuji bentuk badan Ainul itu. Ternyata usaha kerasnya ke gim selama ini sudah membuahkan hasil.

Sebelum ini, Ainul menjadi mangsa kecaman netizen atas penampilannya yang dianggap seksi, hingga mendatangkan rasa kurang senang netizen.

Foto/Instagram: Ainul Aishah

IKLAN