Setiap wanita pasti mendambakan susuk tubuh yang cantik dan menawan persis selebriti, tapi tidak semua mampu bertahan jika tak displinkan diri. Pelbagai menu diet yang menjadi rujukan pengamal diet berpandukan menu barat yang seringkali tak kena dengan ‘tekak’ orang melayu.
Perkongsian Atikah Suhaime pelakon yang berasal dari Singapura ini mungkin adalah salah satu rujukan makanan diet untuk hijabi yang mengamalkan diet selera asia, seperti sambal petai dalam lesung, gu bersama salmon goreng.
Malah, menu diet atikah suhaime yang mengikut ‘tekak’ orang melayu ini seringkali menarik perhatian pengamal diet di laman sosial.
Menu Diet ‘Tekak’ Orang Melayu
Atikah Suhaime yang mempunyai cara tersendiri dalam rutin diet dalam video dikongsikannya sering dinanti-nantikan.
Menu diet yang kena dengan ‘tekak’ orang melayu ramai pengikutnya bersetuju menu ini memang menyelerakan, akan tetapi ada yang bimbang makan makin bertambah.
Ads
Menariknya menu ini berulamkan petai yang menjadi kegemaran ramai. Namun begitu ada ulam pembuka selera ini mempunyai bau agak kuat. Tetapi jangan kita lupa tentang khasiat dan manfaat dari makan petai.
Serat yang yang tinggi di dalam petai dapat membantu proses penghadaman dan mencegah sembelit. PSumber serat yang baik terutamanya jika dimakan sebagai ulam-ulaman.
Seratnya juga menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolesterol LDL (buruk), dan memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah.
Apa yang lebih penting, serat larut dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, Diabetes fasa 2, dan obesiti, ternyata petai membantu wanita yang sedang berdiet dan kekal cantik.
Gaya moden selera orang lama
Ads
Ramai yang mengambarkan gadis cantik manis ini seorang yang mempunya gaya hidup yang serba-serbi moden. Ternyata sangkaan anda meleset, apabila Atikah Suhaime tidak segan silu menghidangkan sambal belancan petai terus dari lesung batu.
Resepi Sambal Petai Goreng Salmon
BAHAN-BAHAN:
Cili Hijau
Bawang
Bawang putih
Belacan
Tomato
Cara Membuat:
Ads
Campurkan semua bahan sambal, gorengkan seketika dengan menggunakan minyak zaitun. Kemudian asingkan ke tepi sebelum ditumbuk.
Gaulkan kunyit dan sedikit garam di seleuruh ikan salmon, kemudian goreng tanpa menggunakan minyak. Perahkan sedikit limau untuk beri sedikit rasa masam.
Tumbuk kesemua bahan-bahan sambal dan jangan lupa menu utama petai serta daun limau perut.
Untuk anda yang tidak gemar tekstur yang kasar boleh tumbuk bahan-bahan sehingga lumat. Boleh hidangkan terus atau lebihan sambal di dalam lesung boleh digaul dengan nasi supaya tidak membazir. Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Belum pun lagi ditayangkan, filem Pulau sudah mendapat perhatian ramai disebabkan babak-babak yang dikatakan keterlaluan selain mencemar batas budaya masyarakat Timur.
Sebagai salah seorang pelakon utama dalam naskhah filem itu, Alif Satar menegaskan dia tidak terlibat dalam mana-mana adegan ‘panas’ dalam filem arahan Euho itu.
Malah, pengarah sangat memahami serta menghormati dirinya dengan tidak melibatkannya dalam mana-mana babak mesra bersama rakan pelakon wanita lain.
Antara babak ‘panas’ dalam filem Pulau.
“Saya gementar juga tapi saya berasa sangat gembira sebab pengarah pun faham. Dia tidak satukan saya dalam satu babak.
“Saya rasa sangat terkejut kerana mereka pun memahami, sebab itu ada pelakon-pelakon berbangsa lain bagi memegang karakter-karakter itu.
“Macam saya sendiri tahu, macam mana cita rasa penonton, apa budaya yang kita selesa.
“Kadang-kadang kalau saya fikir babak ini tidak boleh, saya akan beritahu pengarah, jadi memang ada banyak perbincangan di antara kami dalam filem ini,” katanya.
Terdahulu, trailer filem Pulau menerima pelbagai kritikan termasuk daripada pendakwah bebas, PU Syed yang menggesa agar filem itu tidak ditayangkan di pawagam berikutan terdapat babak-babak ‘panas’ dan seksi yang tidak sesuai dengan norma masyarakat Malaysia.
Selain Alif, Pulau turut dibintangi Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjana Suri, Sabronzo, Harris Anuar, Puiyi, Mark O’dea dan Namron.
Filem terbitan Web TV Asia itu bakal menjengah pawagam tempatan pada 9 Mac ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah pintu sempadan dibuka bagi membenarkan pergerakan keluar masuk dalam negara, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke luar negara termasuk golongan para selebriti tanah air.
Terbaru, pelakon jelita Datin Seri Maria Farida dilihat mengisi masa dengan berliburan ke kota Paris.
Bintang cantik ini turut berkongsi momen tersebut menerusi beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya.
Aktres berusia 53 tahun ini tampak elegan mengenakan pakaian rona serba hitam sambil berdiri di hadapan menara Eiffel yang sememangnya sinonim dengan kota cinta itu.
“Bonjour.. C’est un bon moment à Paris!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian Maria nyata mencuri perhatian sekaligus menerima pujian daripada wargamaya.
“Very beautiful,” puji ringkas peminat.
“I guess datin was anti ageing. dari saya kecik, sampai lah umur 22 tahun sekarang, muka dia tak berubah, macam tu je saya tgk masa kecik kecik dlm tv,” luah seorang wargamaya.
“Datin lagi cantik dari Eiffel Tower tu..tak tgk lain dah..,” tulis lagi seorang netizen.
Dalam suasana penuh emosi ketika membuat persembahan, penyanyi tersohor Misha Omar tidak menyangka akan bertentang mata dengan figura muzik ikonik dari Seberang, Melly Goeslaw, yang hadir pada majlis pelancaran single terbarunya, Break, hari ini.