Uncategorized

Menitis Air Mata Baca ‘Warkah Cinta’ Ziela Jalil Buat Puterinya!

Share

Perkara paling sukar buat seorang ibu bapa adalah melepaskan anak pergi terutamanya apabila melihat anak yang membesar di depan mata berkahwih dengan pasangan pilihan mereka.

Mungkin itulah yang dirasai pengarah, Datuk Ziela Jalil saat anak sulungnya, Puteri Julia Nabilah yang bergelar isteri baru-baru ini.

Perasaan tersebut kemudiannya dititipkan menerusi satu entri di laman Instagramnnya.

“Anakku, sejak usia mudamu kau diuji, kehilangan bapa ketika kau masih bersekolah dan masih dahaga kan kasih dan sayang nya, Allah menyayangimu nak, kerana itu kau menjadi pilihannya untuk melalui dugaan ini.

“Kau terus diuji bila terpaksa berjauhan dengan keluargamu demi menuntut ilmu, kau sering dan terpaksa mendengar rintihan dari Ibumu atas segala masaalah walaupun ketika itu kau anakku sedang menuntut jurusan/bidang yg bukan mudah dan sgt mencabar.

“Tapi kau tetap menjadi pendengar setia ibumu and shoulder for me to cry on… banyak dugaan yang kau tempuh, kesedihan yang terpaksa kau lalui anakku dan mama tak pernah putus mendoakanmu.

“Kerana kau anak yang baik, anak yang sentiasa membahagiakan mama, kau anak yang kuat hatinya, akhirnya kau menemui cinta sebenar yg membahagiakanmu namun kau terus diuji,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia turut meluahkan kekecewaannya apabila ada pihak yang cuba menggagalkan ‘hari bahagia’ anaknya itu.

“Sehingga pada hari bahagiamu masih ada yang cuba untuk membuat kau sedih anakku, dari manusia yg tidak bertanggung jawab, Syaitan yg bertopeng kan manusia, hatinya yg cukup kotor sehingga tergamak dia menfitnah, Allahu Akbar!

“Yakinlah pada Allah anakku, sesungguhnya Allah ingin mengangkat darjat yg lebih tinggi untuk mu dan juga suamimu, Aamiin… Buat kedua dua anakku, Puteri Julia Nabilah dan Dziya Faqhran, Selamat Pengantin Baru.

“Mama doakan Semoga Berbahagia Kalian Sehingga Jannah dan jadilah suami dan isteri yang soleh dan solehah juga Ibu/bapa Mithali buat zuriat keturunan kalian, Aamiin Yaa Rabb. #dziyaputeringonit,” tulisnya lagi.

Begitulah tingginya kasih seorang ibu sampai MH pun turut terasa sedih membaca perkongsian Ziela itu. Apa-apapun, semoga Puteri dan suami cekal mengharungi ujian berumah tangga, insyaAllah.

Foto: Instagram Ziela Jalil

IKLAN