Categories: Uncategorized

Mengapa Noorkhiriah Minta Maaf Di Instagram?

Share

Sejak trending ‘sup bunjut sihir’ tempoh hari, drama Nur dapat banyak perhatian netizen terutamanya watak Ecah yang dipegang oleh Noorkhiriah.

Semalam, sekali lagi watak Ecah ‘dikeji’ penonton apabila terdapat babak dia bertengkar dengan Nur yang sedang mengandung serta menghalau ibu Nur yang datang ke rumah mereka.

Susulan itu, Noorkhiriah ada memuat naik foto di Instagram meminta maaf kepada semua penonton sekiranya ada yang tak dapat mengawal emosi melihat ‘perangai’ Ecah di dalam drama tersebut.

“Sebelum episod malam ini keluar, saya bagi pihak #ecah minta maaf duluan. Saya tahu dah ada start marah-marah #ecah.

“Masalahnya, #ecah tu akak wei, akak ‘nervous’ wei korang marah-marah. Hahahahahahaa,” tulisnya.

Bagaimanapun, foto tersebut kemudiannya dipadam dari laman Instagramnya.

Sementara itu, seperti yang dijangka memang ramai yang meluahkan kemarahan melihat lakonan Noorkhiriah semalam.

Menerusi di ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen-komen memuji lakonan mantapnya namun ada juga yang terbawa-bawa dengan emosi hingga meninggalkan kata-kata kurang elok kepada pelakon tersebut.

Pada MH, memang lakonan Noorkhiriah wajar diberikan ‘standing ovation’. Ia memang meninggalkan kesan mendalam di kalangan penonton.

Foto: Instagram Noor Khiriah

IKLAN