Bekas isteri pemusik Muhamad Razi Abdul Wahid atau Ude Wahid iaitu Intan Saleh megakui dirinya kini sudah ‘move on’ tetapi untuk melupakan segala kenangan lalu adalah suatu perkara yang mustahil.

Berkongsi di laman Instagram, Intan meminta agar kehidupan baru yang dilaluinya ketika ini dihormati dan tidak dipersoalkan.

“Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Moveon tu melangkah maju bukan melupakan. Memory xleh Nak delete wei. good night kesayangan,” tulisnya.

Tambah Intan, move on baginya bermaksud melangkah maju dan bukan melupakan kerana untuk melupakan kenangan yang pernah dibina bersama lelaki itu adalah sesuatu perkara yang sukar.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepada Intan untuk terus kuat menjalani kehidupan barunya itu.“Memori Tak Boleh Nak Delete Wei,” Intan Saleh Akui Sudah Move On, Tapi…

“Memori Tak Boleh Nak Delete Wei,” Intan Saleh Akui Sudah Move On, Tapi…

IKLAN

Terdahulu, Uda dan Intan telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurnikan dua orang cahaya mata sebelum bercerai talak satu pada Mac lalu.

Pada November 2018, pelakon, Izreen Azminda mendedahkan telah berkahwin dengan Uda secara tertutup namun, perkara tersebut telah dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

IKLAN

Semoga Intan terus kuat menjalani hari-hari mendatang dan dikurniakan jodoh yang baik.

Foto: Instagram

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI