Bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga, penyanyi Syamel menerusi laman Instagram mengambil kesempatan memohon maaf atas segala khilaf.
Dia turut meminta agar urusannya menunaikan ibadah dipermudahkan.
“Assalamualaikum. Bangmel dan keluarga akan berangkat ke Madinah seterusnya ke Kota Mekah untuk menunaikan Umrah.
Ads
“Di sini, Bangmel ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada kalian yang sedang membaca sekiranya ada kesilapan yang kecil mahupun yang besar.
“Kalau tak keberatan doakan Bangmel dan keluarga supaya dipermudahkan perjalanan pergi dan pulang ya. Bangmel akan doakan semoga kalian berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kota suci satu hari nanti. Aminn,” kongsinya panjang lebar.
Pendakwah Da’i Wan Dazrin menerusi posting terkininya di Instagram ada memberikan reaksi terhadap isu tular melibatkan Ali Puteh dan usahawan, Aliff Syukri baru-baru ini.
Atas apa yang berlaku, ia juga secara langsung telah menunjukkan kelemahan media sosial sepatutnya sudah lama kita ketahui dan menjauhi.
Malah, sebagai pengguna media sosial juga, kita tidak sepatutnya mencampuri urusan rumah tangga atau keluarga seseorang sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi yang menimbulkan mudarat.
“Media Sosial telah menunjukkan kelemahan ia. Kecoh isu berhari2 tntng perebutan harta pusaka arwah abam, & netizen semua telah tertipu dgn kelemahan Media Sosial yg senantiasa bersifat sebelah pihak.
“Saya perasan bagaimana Netizen berbolak balik krn tertipu dek kelemahan media sosial yg sepatutnya dh lama kita mengetahuinya & menjauhinya.
“Ketika Dato’ Aliff Syukri jadi Whistle blower, netizen pun menyokong sbb mendedahkan seolah2 Ali Puteh telah mengambil harta pusaka arwah Abam yg bkn milik dia, bahkan semua menghentam Ali Puteh pd ketika itu. Padahal belum lg dgr penjelasan dari Ali Puteh.
“Cukup dgr dari Live Dato’ Aliff terus kita pakat2 menghentam Ali Puteh. Bila hari ini keluar statement di Media Sosial dari Ali Puteh yg menjelaskan satu persatu secara detail, dari telefon bimbit, beg dompet, kad bank, kereta, jam tangan & lain2.
“Semua yg telah kecam Ali Puteh tiba-tiba bertukar angin, ada yg sempat meminta maaf pula tu, dgn hanya sekadar tulis di ruangan komen. Ingat buat salah dgn manusia semudah tu ka nk minta maaf?
“Yg mengutuk/mengecam/menghina Ali Puteh tiba2 bertukar angin mengecam isteri arwah Abam pula kini kerana sibuk mendedahkan hal keluarga pd org luar. Tp ramai yg terlupa 1 benda, 1 benda yg tak patut dibuat dari awal2 lg.
“Nak tahu tak apa dia? Jgn masuk campur urusan rumah tangga / keluarga org & tayangkan ia di Media Sosial.
“Nk bantu dtg shj bantu. Ceritakan tntng bantuan & pulang. Ini, tidak. Time tu lah, nak itulah inilah, itu juga jadi pengukur kita ni pandai ke tak guna Medsos,” tulisnya memberi respon isu kontroversi yang terkait.
Malah, apa yang berlaku juga menyebabkan kecenderungan untuk menghukum sebelah pihak, sekali gus menjadi ‘tukang hukum segera’.
“Bila tak pandai, & tak tahu kelemahan Medsos. Apa yg berlaku? Dgr sebelah pihak, hukum sebelah pihak. Kita dh jd tukang hukum segera,” tulisnya.
“Yg lagi bahaya adalah org yg memulakan, sehingga semua ini terjadi kerana ketidakpandaiannya. Tak takut ke? Azab menanti kita? Lidah kita, mulut kita, & tgn kita ini semua ada tanggungannya nanti.
“Tak takutkah saudara saudari se-Islam semua? Selepas ni, keluar pula video dari isteri arwah Abam, nk serang balik Ali Puteh? Tergelak kecil sy melihat perangai merugikan masa ini.
“Tolonglah netizen yg beragama Islam. Cukuplah. Jgnlah kita jadi ‘Penuntut isu’, sibukkanlah diri menjadi ‘Penuntut ilmu’ bak kata Ust Fahmi yg sy kasihi,” jelasnya panjang lebar.
Sebelum ini, Aliff Syukri bersama produksinya ada berkunjung ke rumah balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali serta turut menembual balu mengenai beberapa perkara dan sesi tersebut turut dikongsikan di media sosial.
Ekoran itu, situasi tersebut kemudian menjadi tegang sehingga mencetuskan reaksi keluarga arwah. Hal yang tercetus turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah, sudah pasti merasai perasaan sama dilalui bintang versatil, Zulin Aziz.
Menerusi entri terkininya di akaun Instagram miliknya, penyanyi berusia 31 tahun ini berkongsi cerita ketika berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
“Terima kasih @zayyan_kuala_lumpur terbangkan saya ke Tanah suci buat kali ke-2. .
“Kali pertama pun dengan Zayyan.Kenapa saya pilih zayyan lagi sbb sangat mudah berurusan dgn zayyan.Mutawif dan mutawifah yg selesa kita nak kongsi cerita,dah macam family.
“Kami masih berhubung baik walau dah setahun berlalu.Saya selesa.Masa umrah pertama,saya kongsi kisah suka duka saya,mereka kongsi pendapat,saya dapat sedikit rujukan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleeda Abdul Aziz meluahkan rasa rindu untuk untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah.
“Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Saya tak pernah putus berdoa semoga saya dapat jejak kaki lagi ke tanah suci.Rindunya. Disana saya dapat focus ibadah.Berlari2 mengejar waktu solat,tak mau terlewat,tak nak tertangguh walau sesaat.
“Macamana tak rindu? Disana berlumba2 nak buat pahala. Masa di depan kaabah,saya berdoa ttg sesuatu.Hari2 disana saya minta petunjuk.Balik dari mekah saya sangat bahagia.Sangat.
“Hari demi hari saya bertambah bahagia.Allah jawab doa saya.Dan.. yaa .Allah tunjuk satu persatu.Bahagia yg saya nak tu bukan bahagia yg paling pantas utk saya.
“Seperti apakah?panjang ceritanya.Allah suntik kekuatan dalam diri ini.Biarlah hilang kebahagiaan yg saya nak sangat tu asalkan tak menyesal dikemudian hari
“Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.Terimalah aku sebagai tetamuMu lagi.Ada banyak yg jadi aku nak mengadu,berterima kasih dan bersyukur.
“Ya Allah jemputlah juga mereka yg berniat,Mampukanlah mereka ya Allah,Permudahkanlah ya Allah
Pelawak Ali Puteh, memuat naik posting yang mengejutkan ramai di laman sosial Instagram miliknya, pada Rabu.
Menerusi posting tersebut Ali, seolah-solah dipercayai sedang melepaskan rasa tidak puas hati terhadap balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
Bagaimanapun, posting tersebut telah dipadam Ali beberapa minit selepas dimuat naik.
Ali ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu sebaliknya mencabar usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersemuka dengannya sekeluarga.
Memetik Gempak, rasa sabarnya hilang selepas menonton video ‘live’ yang dibuat oleh usahawan berkenaan ketika berkunjung ke rumah Hidayah untuk memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan perkakas rumah.
“Saya tidak kisah dia nak melawat keluarga arwah, tetapi dia tidak sepatutnya memberikan komen mengenai apa-apa hal sekalipun.
“Tindakan dia telah mengguris hati emak dan kami sekeluarga. Tidakkah dia sedar yang tindakan dia tu boleh menimbulkan fitnah?
“Apa yang dia nak tunjuk kepada masyarakat di luar sana? Saya cabar Datuk Seri Aliff Syukri bertemu dengan saya dan emak!
“Kalau boleh esok juga!,” katanya terkilan.
Ali berkata, usahawan kosmetik tersebut tidak sepatutnya membuat kandungan untuk ‘menjual videonya’ dengan kesulitan yang sedang dihadapi orang lain.
“Apa motif dia buat content dalam keadaan sekarang? Kalau iya pun nak berniaga bukan macam ni caranya.
“Tolonglah, saya dan emak mahu berjumpa dengan dia!,” ujarnya lagi.
Terdahulu Aliff Syukri telah memuat naik video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook (FB) Aliff Syukri Terlajak Laris.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ribuan tontotan dan ratusan komen.
Sumber : Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.