Uncategorized

‘Memang Patut Pun Saya Kena Marah’ – Baby Shima

Share

Kecoh semalam dengan kontroversi penyanyi dangdut popular, Mas Idayu mengamuk dalam sebuah program realiti televisyen D’Academy Asia musim ketiga yang disiarkan di Indonesia.

Viral video Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mami mengamuk memarahi salah seorang peserta daripada Malaysia, Baby Shima hangat diperkatakan.

Tindakan Mas Idayu memarahi Baby Shima itu telah membuatkan netizen marah dan mula mengecam penyanyi dangdut tersebut.

Memetik dari satu sumber, Baby Shima berharap supaya netizen jangan menyalahkan Mas Idayu dalam hal ini kerana baginya dia yang bersalah.

“Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah.

 

“Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.

 

“Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya,” kata Baby Shima kepada Mstar Online.

Dalam video viral itu Mas Idayu ada berkata bahawa persembahan Baby Shima sangat teruk daripada awal sehingga ke akhir persembahan dan itu membuatkan dia tidak dapat mengawal kemarahannya.

Tapi ada juga juri yang mencelah komen Mas Idayu itu dan berkata dia tidak bersetuju dengan komen yang Mas Idayu berikan. Kata juri tersebut memang Baby Shima ada melakukan kesilapan tapi bukan pada keseluruhan persembahannya.

Baby Shima menjelaskan lagi, yang dia tidak dapat membuat persembahan dengan baik kerana menghadapi tekanan apabila lagu yang diberikan kepadanya tidak pernah didengarinya sebelum ini.

“Saya tak dapat buat yang terbaik pada setiap persembahan. Ingatkan pertandingan ini boleh bawa lagu moden seperti di Malaysia.

 

“Tapi saya perlu menyanyikan lagu dangdut yang tidak pernah didengari dan ia memberi tekanan pada saya.

Kata Baby Shima lagi, ini merupakan kali pertama dia memasuki pertandingan yang begitu besar.

Tak apa lah Baby Shima, anggaplah apa yang Mas Idayu cakap dan marah itu sebagai pembangkit semangat dan lepas ini cuba lagi untuk baiki kesilapan itu ya.

Sumber: Mstar Online

IKLAN