Uncategorized

“Memang Mereputlah Makcik Bawang, Sakit Hati Rasakan…” – Kenapa Nourul Depp?

Share

Penyanyi, Nourul Depp semalam memuat naik satu entri di Instagram seperti memerli ‘makcik bawang’.

Mungkin sudah lama memendam rasa, akhirnya penyanyi lagu Kerana Terluka tersebut mengambil keputusan berbuat demikian.

“Okay, kalau berpeluk pakai baju kurung tak nampak seksi kan? So takdelah nak komen kat sini yang bukan-bukan. Oh, lupa! Dah off comment, hanya mereka yang saya suka dan follow sahaja boleh komen di sini.

“Buat lah lagi nak tunjuk tahu semua, kan dah tak boleh komen. Memang mereput lah makcik bawang sakit hati… rasakan hahaha

“Oh a bit negative! Kekadang kena lepas Kan. Diaorang ingat kita ni puppet main diam je apa diaorang kata.

“Sebenarnya Tak kisah. Tapi saja nak Bakar. Sebab diaorang dah tak boleh komen hahahahaha… burnnnnn,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia juga turut menasihati para makcik bawang diluar sana supaya ‘lakukan sesuatu yang lebih berfaedah daripada membawang’.

“Daripada membawang tak buat duit, lebih baik Jadi garlic lebih suci bantu semua sihat tubuh badan dan minda. So tidak lah dok stalk orang and membawang Kan.

“Tak dapat duit hahahaha… Tapi bagus lah jugak, bantu sedekah Kan pahala. Syurga lah agaknya tempat kami ni ye. Mudah mudahan.

“Terima kasih kerana bersedekah, May you will be shine with more good vibes and happiness – from your own happiness not from membawang #iwillnotbequietanymore,” tulisnya lagi.

Fuh! Marah betul tu. Yalah, orang yang sabar pun ada juga masa ‘letupnya’. Betul tak?

Foto: Instagram Nourul Depp

IKLAN