Pelakon dan pengacara, Awal Ashari tidak dapat menyembunyikan rasa bengangnya terhadap sebuah akaun Instagram yang cuba menuduhnya memakai barangan tiruan.

Katanya pemilik akaun tersebut telah mengambil gambarnya bersama isteri, Scha Al-Yahya tanpa izin kemudian cuba untuk memalukan pasangan tersebut.

Rasa geram tersebut telah diluahkan oleh Awal menerusi beberapa buah entri di IG story miliknya.

IKLAN

Lantaran itu, Awal telah bertindak menunjukkan koleksi kasut Adidas Yezzy miliknya untuk membuktikan kesemua barangan miliknya adalah asli.

Jelas Awal lagi, antara sebab dia tidak menyebut nama pemilik akaun tersebut adalah kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma kepada individu tersebut.

IKLAN

Ketika ditanya bagaimana Awal memiliki kasut yang tidak dipasarkan di Malaysia, ini jawapan pengacara tersebut;

IKLAN

“Untuk orang biasa memanglah tidak ada. Saya ni duta untuk jenama tersebut dan mereka sudah sediakan untuk saya.

“Kalau anda semua harus beratur untuk mendapatkan kasut tersebut tetapi saya tidak. Nak buat macam mana itulah hakikatnya,” ujarnya.

.Kesimpulannya, trend untuk mendedahkan barangan yang dipakai oleh seseorang individu itu haruslah dihentikan kerana bagi MH, perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya hanya memalukan individu tersebut.

Foto/Video: Instagram Awal Ashaari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI