Uncategorized

“Memang Ada Berkawan Dengannya, Tetapi Tidak Lebih Daripada Kawan Biasa,” – Safawi Rashid Balas Kenyataan Ruhainies

Share

Penyerang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid tidak menafikan dirinya sedang berkawan dengan pelakon, Ruhainies. Bagaimanapun Safawi seperti yang dipetik Mstar menjelaskan, hubungan mereka tidaklah berada dalam hubungan serius atau pada fasa bercinta.

“Ya memang ada berkawan dengannya, tetapi tidak lebih daripada kawan biasa. Saya berkawan dengan semua orang,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, jawapan daripada pemain kebangsaan berusia 21 tahun itu adalah sebagai mengulas kenyataan Ruhainies di sebuah akhbar yang mendakwa keduanya sedang berkawan.

Menerusi laporan berkenaan, pelakon drama rantaian, Jejak Karmila itu berkata kesungguhan jejaka itu membuatkan dia terbuka hati untuk berkenalan. Malah, pelakon berusia 26 tahun itu juga mengakui sering menerima jambangan bunga daripada atlet berkenaan.

Safawi pula menjelaskan, dia belum bersedia memulakan perhubungan serius memandangkan lebih fokus kepada kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Sudah biasa dengan gosip seperti itu, saya tenang sahaja,” ujarnya lagi.

 

IKLAN