Selain Korea, Jepun juga turut menjadi salah satu destinasi pelancongan popular. Malah negara ini dijadikan sebagai salah satu negara yang wajib dilawati oleh golongan muda Malaysia.
Disebabkan lambakan jumlah pelancong yang hadir ke negara matahari terbit ini, ramai pelajar mahupun pekerja yang menetap di sana menyediakan khidmat penginapan buat rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan kos tempat tinggal yang berpatutan.
Namun tidak semua tahu menghargai apa yang telah diberikan, malah lebih teruk mereka langsung tidak peduli untuk menjaga kebersihan mahupun menghargai servis-servis yang diberikan.
Melalui sebuah video yang menjadi viral baru-baru ini, sebuah tempat penginapan yang sering menjadi kunjungan rakyat Malaysia iaitu Vitti Lodge & Family telah mendedahkan situasi segelintir rakyat Malaysia ‘membalas budi’ pada mereka.
Video yang berdurasi 6 minit ini memaparkan pertelingkahan yang terjadi di antara salah seorang pekerja penginapan tersebut (berbaju biru) dan beberapa orang pelancong muda dari Malaysia yang bertindak ganas sehingga memusnahkan kemudahan yang ada.
Lelaki berbadan besar kelihatan sungguh biadap sambil menggunakan kata-kata kesat kepada seorang pekerja yang sedang menegurnya dengan cara yang sopan.
Malah, lelaki acah samseng ini juga turut menjerit-jerit serta mengasari pekerja tersebut sehinggakan pekerja tersebut hilang kawalan emosi seketika.
Sungguh pun lelaki berkasut Yeezy V2 Zebra tidak henti-henti menghina dan menggunakan kata kesat kepada pekerja tersebut, individu berbaju biru itu cukup bersabar dan cuba bertenang menerangkan sesuatu pada lelaki tersebut.
Namun keadaan menjadi lebih buruk apabila seorang lagi yang dipercayai rakannya masuk sambil berjalan ala samseng terus mengamuk dan menendang meja di hadapan sebagai tanda protes.
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga menunjukkan berang dan menumbuk dinding sehingga retak.
Jika didengari semula video tersebut, ada dua isu yang berbangkit;
- tentang pembayaran tempat tinggal, di mana berlakunya salah faham apabila sekumpulan lelaki tersebut dikatakan tidak bayar duit penginapan satu malam.
- kerana kedatangan orang luar.
Di dalam group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), mereka memberitahu sebenarnya ketiga-tiga mereka sebenarnya telah ketinggalan kapal terbang. Kemudian mereka semua tinggal di kawasan tersebut secara percuma. Walaupun mereka sudah mengasari lelaki berbaju biru, pelajar tersebut masih sanggup membantu membayarkan harga kerosakan dinding yang dipecahkan oleh samseng muda tersebut. Harga kerugian melibatkan 100,000 yen.
Melalui sebuah portal, MH Online difahamkan ini bukanlah kali pertama terjadi, malah beberapa kali sehinggakan adakalanya ia melampau dan sangat memalukan.
Hmmm apa dah jadi sebenarnya? Rasanya kes macam ni boleh diselesaikan dengan cara baik. So mungkin kita boleh ambil ia sebagai pengajaran.
Mungkin inilah maksud pepatah Masuk Kandang Kambing Kita Mengembek, Masuk Kandang Kerbau Menguak. Tidak kisah siapa salah atau apa, tetapi sepatutnya bila kita menumpang tempat orang atau negara orang kita haruslah ikut adab atau aturan tempat tersebut.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI