Dalam suasana penuh emosi ketika membuat persembahan, penyanyi tersohor Misha Omar tidak menyangka akan bertentang mata dengan figura muzik ikonik dari Seberang, Melly Goeslaw, yang hadir pada majlis pelancaran single terbarunya, Break, hari ini.
Menurut Misha, atau nama penuhnya Samihah Aisah Omar, inilah kali pertama mereka bersua secara empat mata dan momen itu disifatkannya sebagai sangat bermakna.
“Sebenarnya saya sangat terharu apabila suara saya didengari oleh orang yang bukan calang-calang dari negara seberang. Ia merupakan satu apresiasi.
“Pada mulanya saya nampak satu susuk tubuh seperti Melly tetapi saya perlu menumpukan kepada nyanyian kerana guru saya, Datuk Syafinas berada di hadapan.
“Kemudian Alhamdulillah dia pun nyanyi bersama-sama dan saya sangat gembira,” katanya.
Misha berkongsi rasa teruja itu ketika ditemui pada sidang media single Break di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ads
Lebih menyentuh hati, Melly turut meluahkan rasa kagum yang tidak terungkap terhadap Misha, yang selama ini dianggapnya sebagai idola.
Dalam pertemuan itu, Melly turut kelihatan sebak.
“Saya adalah peminat filem seram dan sangat meminati Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2.
“Bagi saya, Misha yang menyanyikan lagu runut bunyi filem itu, sangat menyentuh hati.
Ads
“Tidak ramai penyanyi yang boleh menghayati sesebuah lagu itu sekali gus menjadikan sesebuah babak itu hidup dan meninggalkan impak kepada penonton.
“Malah, semasa saya mendengar Misha menyanyikan lagu Pulangkan tadi, saya menangis,” katanya.
Break, Bermula Dari Mesej
Mengulas proses terhasilnya lagu Break, Melly berkongsi bagaimana ia bermula selepas mereka saling berhubung menerusi media sosial.
Ads
“Selepas konsert saya yang pertama di Kuala Lumpur, saya ada hantar mesej kepada Misha kerana sudi hadir. Kemudian Misha ada meminta lagu daripada saya dan kebetulan memang saya nak bagi lagu kepadanya.
“Saya berikan dia dua buah lagu. Tetapi projek ini tidak dirakamkan serta-merta hingga saya sangkakan ia tidak jadi.
“Sehinggalah saya menerima mesej daripada penggubah lagu Break iaitu Toh Pati yang bergambar bersama Misha di studio,” jelas Melly.
Bukan itu sahaja, Melly turut membuka ruang untuk kolaborasi pada masa akan datang, termasuk idea berduet bagi projek runut bunyi yang sesuai.
Break turut dipilih sebagai lagu tema (OST) bagi drama bersiri Astro, Mandul Bukan Pilihan, dan karya ini telah pun dilancarkan di platform digital bulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan Ayiena dan Maria Affendi dalam program realiti terbaharu, Raise The Star Malaysia (RTSMY) berakhir apabila mereka diumumkan sebagai dua peserta tersingkir pada minggu keempat.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi segmen Rise or Fall yang menjadi penentu nasib para peserta, malam tadi.
Sementara itu, Melinda Dadew mencuri perhatian apabila berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire buat kali kedua berturut-turut.
Ia pastinya menjadi pencapaian membanggakan bagi peserta muda itu yang kini dilihat semakin menyerlah di pentas RTSMY.
Sementara itu, Rayme dan Hariz Fahayet terus mengekalkan momentum cemerlang apabila berjaya kekal dalam kelompok lima terbaik mingguan atau The Five.
Tiga nama lain yang turut tersenarai ialah Scha Nuril, Zury dan Pasya.
Prestasi baik mereka mendapat pujian barisan juri tetap yang terdiri daripada Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul, minggu ini.
Selain lima terbaik, peserta lain yang turut berjaya mara ke minggu kelima ialah Keka, Zuana, Sharee Lopes, Didie Shazry, Darling dan Aril Eles.
Malah Max Brandon, Melinda Dadew dan Alif Amie turut berjaya meneruskan saingan Ahad depan.
Peserta dinilai berdasarkan dua komponen utama iaitu 80% markah juri profesional dan 20% daripada undian umum.
RTSMY dihoskan oleh pengacara, Alif Satar dan Sherry AlHadad, bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Royale Theater Shah Alam.
Penonton juga boleh mengikuti siaran ini secara langsung di Astro Ria serta platform digital Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan Darling, Max Brandon, Melinda Dadew dan Scha Nuril dalam saingan pentas Raise The Star Malaysia (RTSMY) berakhir di minggu suku akhir, malam tadi.
Namun begitu, Melinda tetap mencuri perhatian apabila berjaya memenangi anugerah Gempak Star On Fire untuk empat minggu berturut-turut.
Pada minggu suku akhir, Rayme, Aril Eles, Pasya, Didie Shazry dan Keka tampil cemerlang dan berjaya menduduki lima tangga teratas, sekaligus membawa gelaran ‘The Five’ dan melayakkan diri ke minggu separuh akhir.
Turut mara ke pusingan seterusnya ialah Sharee Lopes, Zuana, Hariz Fayahet, Alif Amie dan Zury, menjadikan sepuluh peserta keseluruhan yang masih kekal bersaing untuk memburu gelaran juara.
Kesemua peserta dinilai oleh barisan juri tetap yang terdiri daripada Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Markah penjurian adalah berdasarkan prestasi persembahan sebanyak 80%, manakala 20% lagi disumbangkan menerusi undian umum.
RTSM dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad, bersiaran secara langsung dari Royale Theater, Shah Alam selama lapan minggu.
Ia turut boleh ditonton melalui saluran Astro Ria serta distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dilihat ada meluangkan masa bersama dan cukup akrab, vokalis kumpulan Insomniacks, Iqie, tampil menjelaskan status sebenar hubungannya dengan anggota kumpulan Dolla, Angel.
Menurut Iqie atau nama penuhnya Syed Mir Iqbal, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar teman rapat yang sudah saling mengenali sejak zaman belajar lagi.
“Saya dan Angel sudah berkawan baik sejak di zaman kolej. Sampai sekarang, kami masih berkawan rapat.
“Semoga dia dapat hadir ke konsert Insomniacks Sabtu ini,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Pulang itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan sempena konsert Insomniacks Echoes Of Dream di Uranus Studio, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tambahnya lagi, dia amat menghargai semua sahabat dalam hidupnya dan tidak melebihkan sesiapa.
“Saya anggap semua hubungan bersama kawan-kawan adalah istimewa. Semuanya sama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Iqie juga menegaskan dakwaan mengenai hubungan cintanya tidak berasas kerana dia kini benar-benar sibuk dengan kerjaya seni dan tidak mempunyai masa untuk bercinta.
“Kesemua cerita itu tidak benar. Saya tak boleh nak bercinta sekarang kerana tiada masa. Saya sangat sibuk,” kongsinya lagi.
Mengulas lanjut tentang konsert Echoes Of Dream yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, Iqie meluahkan rasa teruja untuk bertemu para peminat yang telah menyokong Insomniacks selama sedekad.
“Ia ibarat mimpi menjadi kenyataan. Dahulu, kami hanya mampu angan-angan kosong sahaja. Kami tak sangka muzik kami akan diterima seperti ini.
“Kepada para Maniacks yang akan datang Sabtu ini, tak kisahlah sama ada yang baharu atau lama, kami sangat menghargai sokongan anda.
“Semoga penonton yang hadir nanti dapat mencipta kenangan indah bersama kami dan teman-teman kalian yang lain,” akhirinya.
Konsert Insomniacks Echoes Of Dream merupakan anjuran Sah Entertainment dan ia menjadi sorotan apabila tiketnya habis dijual dalam tempoh kurang dari 4 jam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.