Uncategorized

Mell Sakura Band Peluk Agama Islam

Share

MH Online tumpang gembira dengan berita vokalis kumpulan Sakura Band, Mell yang mengesahkan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik pelantun lagu Polaroid, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan dia memakai tudung berwarna merah jambu. Nampak begitu manis sekali.

“Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu #misiyakiniku,” tulisnya menerusi akaun @mellsakura.

Ruangan komen di Instagram Mell juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan gembira dengan penghijrahannya.

Malah, pengikut penyanyi ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

Mell atau nama sebenarnya Melly Matius ketika dihubungi sebuah portal online berkata ibunya adalah pendorong penghijrahan terbesar dalam hidupnya.

Dia juga berkata telah mengambil keputusan ini setelah mendapat sokongan daripada ibunya, Nur batrisyah, 46 yang juga merupakan seorang mualaf.

“Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup.

“Ibu juga merupakan seorang mualaf dan dia banyak memberi dorongan dan menyokong keputusan saya ini.

“Bersempena hari lahir saya yang ke 29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya,” katanya.

Bagaimanapun, Mell juga tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini untuk menjaga hati banyak pihak.

Lebih-lebih lagi isu agama agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di negara ini.

Mell Sebelum berhijrah
Mell Sebelum berhijrah

Mell bersama Sakura Band

Sumber : Mstar Online

Foto: Instagram @mellsakura

IKLAN