Categories: Uncategorized

Mawar Rashid Terima Lamaran Raf Yaakob

Share
Beberapa hari lalu heboh di laman media sosial tentang pelakon wanita, Mawar Rashid yang telah dilamar oleh Raf Yaakob iaitu adik kepada penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.
Berita ini dikongsi sendiri oleh Mawar di akaun instagramnya dengan memuat naik gambar yang menunjukkan Raf sedang melutut di hadapannya untuk melamar dirinya dengan kelopak bunga mawar yang disusun menjadi sebuah ayat ‘Will U Marry Me?’.
Di ruangan kapsyen pula Mawar berkata, dia mengakui tiada siapa yang pernah melamarnya sebelum ini dan dia bersyukur Raf merupakan lelaki pertama yang melamarnya dan Insya-ALLAH yang terakhir juga buat dirinya.
“I must confess that no one have ever propose to me, i’m glad that he is the first & the last one Insyaa’Allah. He did all the preparation himself. From plucking the rose petals one by one, susun satu per satu, set & light up the candles and some other surprises. So much effort he made that day, i am so touched. I think i’m the luckiest girl in the world! @rafyaakob #MawaRaf #MySweetRaden #7Jun2017,” tulis kapsyennya.
Kita yang melihat gambar dan membaca kapsyen yang ditulis oleh Mawar sendiri pun boleh merasakan betapa romantiknya Raf terhadap Mawar.
Di akaun instagram Raf pula, dia juga telah berkongsi gambar ketika dia sedang melamar Mawar dan kapsyennya tertulis bahawa Mawar telah menerima lamarannya untuk dijadikan sebagai isteri.
“rafyaakob7/6/2017. 7.07pm. She said…YES
#MawaRaf #Alhamdulillah,” tulis kapsyennya.
Semoga apa yang dirancangkan oleh Mawar dan Raf untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.
Sumber: Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob
IKLAN