
Suami kepada pelakon jelita Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi khabar gembira bersama pengikutnya di Instagram dengan memaklumkan Mawar telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, hari ini.
Raf turut mendedahkan nama bayi perempuannya yang baru dilahirkan iaitu Raden Seri Rossabella Cinta.
“2/1/21. Syukur Alhamdulillah. Baby girl kami telah pun selamat dilahirkan.
“Mommy ok, Baby pun ok. It was a natural birth all the way. I’m so proud of you my Lady @mawarashid.
“Raden Seri Rossabella Cinta @rossabellacinta,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada Mawar.

Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.
Foto: Instagram Raf Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


![[GAMBAR] Puan Sri Normala Selamat Terima Menantu, Dr Ruhila Kini Sah Bergelar Isteri 13 [GAMBAR] Puan Sri Normala Selamat Terima Menantu, Dr Ruhila Kini Sah Bergelar Isteri](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/01/AB260D78-0178-4089-AA7A-003E96346B92.jpeg)

