Uncategorized

Mawar Kerap Mengidam Capati, Fizo Tanya Apa Petandanya?

Share

MH Online ucapkan tahniah kepada semua pasangan selebriti yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Nampaknya tahun ini, akan lahir lebih ramai lagi selebriti cilik yang comel dan terkenal seperti Lara Alana, Yusuf Iskandar dan Aaisyah Dhia Rana.

Bagi pelakon dan pengacara, Fizo Omar pastinya saat ini dinantikan dia dan isteri, Mawar Abdul Karim setelah sekian lama mendirikan rumah tangga sejak 2013. 

Terbaru, menerusi entri terbaru, dia ada berkongsi isterinya, Mawar kerap mengidam untuk makan capati.

Dia turut berkata berasa lega oleh kerana isterinya tidak mengidam makanan yang pelik seperti kebanyakan ibu mengandung yang lain.

“Terkeluaq biji mata mummy Rose dapat makan capati dan tosey. Nasib baik dia mengidam capati jer. Senang nak cari. Dah kali ke berapa pun tak tau dah dia minta capati ni. Apakah petanda nya?” tulisnya.

Dalam masa sama, Fizo juga bertanya apa petandanya di kapsyen menyebabkan pengikutnya mula meneka jantina kandungan Mawar.

Ruangan komen di instagram Fizo dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan pelbagai jawapan.

Perkongsian suami pengasas jenama tudung terkenal itu telah menerima lebih daripada 4,148 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata mereka akan mendapat cahaya mata lelaki.

MH Online ucapkan tahniah dan semoga segala proses kelahiran cahaya mata sulung mereka nanti akan berjalan dengan lancar.

Antara selebriti lain yang akan yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi ialah Nora Danish, Amyra Rosli, Nina Ismail Sabri dan Zizie Ezette.

IKLAN