Uncategorized

Mawar Dan Raf Yaakob Pilih Bali Untuk Rakam Foto Pre-Wedding

Share

Bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid telah melangsungkan pertunangannya bersama adik kepada Chef Selebriti terkenal Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob pada bulan Julai yang lalu.

Terbaru menerusi akaun Instagram Mawar dan Raf di Instagram, mereka telah berkongsi beberapa keping foto bersama kru yang terlibat dalam penggambaran pre wedding yang telah dilakukan di Bali, Indonesia.

Menerusi akaun Instagram produksi yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan penggambaran ini pula turut berkongsi beberapa keping foto pre wedding Mawar dan Raf.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen bahawa mereka tidak sabar untuk melihat pasangan ini di jenjang pelamin

nurinemywa: @mawarashid cant wait ❤!

ikhrambenishak: can’t waittt !!!!!

nh.bz_: One step closerrrrrr✨✨✨✨✨✨ @rafyaakob Cepatlaaaaaa

Semoga hubungan pasangan ini sentiasa diberkati dan dirahmati dan segala yang dirancang menuju hari bahagia dipermudahkan.

Sumber: Instagram Mawar Rashid, Raf Yaakob & CST Production

IKLAN