Uncategorized

“Mau Kena Penerajang Kamikaze…” – Ini Komen Sharnaaz Ahmad, Isu Rakam Video Isteri Bersalin

Share

Nampaknya ramai juga selebriti yang menyuarakan isu merakam video semasa isteri bersalin ini.

Selepas pengacara, Faizal Ismail, giliran pelakon, Sharnaaz Ahmad pula memberikan komen mengenai isu tersebut.

“Kalau aku post video time bini aku bersalin nanti mau lepas bersalin aku kena penerajang kamikaze dengan beliau.

“Jangan risau sayang, I tak buat kerja macam tu,” tulisnya.

Alahai, sempat juga Sharnaaz memberi jaminan kepada isterinya, Noor Nabila bahawa dia tidak akan berbuat sedemikian.

Nabila kini sedang mengandungkan anak pertama mereka dan kini kandungannya sudah memasuki trimester terakhir.

Apa-apapun, MH merasakan semua orang ada pendapat masing-masing mengenai perkara ini. Ada yang menyokong dan ada yang juga yang berbeza pendapatnya.

Tapi, semua itu kan pendapat masing-masing kan?

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

IKLAN