Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mencuri perhatian apabila memuji penampilan adik perempuannya yang juga pempengaruh popular, Ameera Khan menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.
Neelofa baru-baru ini dilihat berkongsi semula foto yang dimuat naik Ameera, lengkap dengan kapsyen berbentuk doa dan kasih sayang.
“Masya-Allah comel sangat. Moga Baby (panggilan untuk Ameera) sentiasa disantunimu dengan Rahmat kasih sayang-Nya,” titipnya.
Ads
Majlis Keluarga Penuh Makna
Difahamkan, foto tersebut dirakam sempena majlis doa selamat bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Datin Noor Kartini.
Ads
Dalam masa sama, sesi itu juga turut diadakan sebagai tanda penghargaan dan perpisahan sementara buat dua adik mereka yang akan memulakan fasa baharu dalam hidup.
Mohamed Faliq bakal melanjutkan pelajaran ke Australia sementara Athisha pula akan menetap di Dubai tidak lama lagi.
Ads
Apa pun, majlis penuh sederhana namun bermakna ini jelas mencerminkan eratnya hubungan dalam keluarga selebriti tersebut, diiringi dengan doa dan kasih sayang yang sentiasa mengiringi setiap langkah mereka. Insya-Allah…
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas pelbagai spekulasi mengenai status kehamilan selebriti Erika Carlina menjadi perhatian warganet, DJ Panda akhirnya tampil memberikan penjelasan dan mengakui bahawa beliau merupakan bapa kepada anak yang sedang dikandung oleh Erika.
Perkara itu didedahkan menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya semalam, di mana DJ Panda menceritakan kronologi perkenalan dan hubungan beliau bersama Erika sejak akhir tahun lalu.
Menurut DJ Panda, mereka pertama kali bertemu pada November 2024 selepas berkenalan menerusi media sosial, dan mula meluangkan masa bersama sejak pertemuan tersebut.
“Pada November lalu, saya dan Erika berjanji untuk bermain biliard di Sency. Di sana kami turut minum bersama beberapa rakannya sebelum meneruskan aktiviti karaoke. Selepas itu, saya sudah terlalu mabuk dan diajak pulang ke kediaman Erika,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa keesokan harinya beliau bertolak ke Batam dan Erika datang menemaninya ke lokasi persembahan serta pulang bersama.
Bagaimanapun, komunikasi antara mereka mula renggang selepas beberapa minggu. Pada 30 Disember 2024, Erika menghubunginya untuk memaklumkan bahawa beliau hamil, sehari sebelum DJ Panda dijadualkan membuat persembahan sempena sambutan tahun baharu di Medan.
“Ketika itu saya sangat terkejut, namun saya tetap menghubungi ibu bapa dan memaklumkan perkara sebenar. Kami sekeluarga kemudian bertemu Erika bagi membincangkan soal perkahwinan,” jelasnya.
Namun perbincangan tersebut tidak berakhir seperti yang dirancang apabila berlaku salah faham antara kedua-dua pihak sehingga membawa kepada keputusan Erika untuk membatalkan pernikahan.
Menurut DJ Panda, Erika menyatakan hasrat untuk menanggung segala urusan berkaitan anak yang dikandungkan tanpa mendedahkan siapa bapa kepada anak tersebut.
“Dia kata, ‘Biarlah saya yang bertanggungjawab, tak perlu sesiapa tahu siapa bapanya’. Maka saya akur dan pulang ke rumah selepas meminta bantuan rakan untuk mengambil saya,” katanya lagi.
Tambah beliau, sejak keluar dari rumah Erika, mereka tidak lagi berhubung sehinggalah Erika muncul dalam program podcast bersama Deddy Corbuzier baru-baru ini.
Dalam video tersebut, DJ Panda turut menzahirkan permohonan maaf sekiranya terdapat sebarang kata-katanya yang menyinggung mana-mana pihak, dan menafikan dakwaan Erika mengenai wujudnya kumpulan yang mengancam keselamatan dirinya.
“Saya mohon maaf sebesar-besarnya sekiranya kata-kata saya mengguris perasaan sesiapa. Saya juga dalam keadaan emosi ketika itu dan menerima tekanan dari luar,” ujarnya menutup kenyataan.
Erika Carlina sebelum ini mengejutkan ramai apabila mendedahkan kehamilannya secara terbuka dalam sebuah sesi temu bual podcast, dan mendedahkan bahawa beliau memilih untuk menjadi ibu tunggal kepada anak sulungnya.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kembali untuk tahun ketiga, All Star Influencer Award (ASIA) 2025 bakal menjadi pentas utama dunia digital apabila seramai 80 pencipta kandungan dari 20 negara Asia dan Timur Tengah berkumpul di Malaysia.
Para peserta akan menjelajah ke lapan negeri di seluruh negara bagi menyertai aktiviti penciptaan kandungan kreatif yang mengetengahkan keindahan, budaya serta keunikan destinasi pelancongan tempatan sebelum melangkah ke malam anugerah.
“Setiap dua negeri akan menerima 20 pencipta kandungan dalam tempoh tertentu, di mana mereka akan terlibat dalam pelbagai eksplorasi dari makanan tempatan, seni budaya, alam semula jadi hinggalah ke cabaran digital,” ujar penganjur, Dato’ Abd. Rahman Soltan.
Perjalanan peserta akan bermula di Johor dan Pahang pada 20 hingga 25 Julai depan, diikuti Melaka dan Selangor (17-20 Ogos), kemudian ke Pulau Pinang dan Langkawi (14-20 September), sebelum berakhir di Sabah (14-17 Oktober).
ASIA2025 turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang bertujuan mempromosikan keindahan, kepelbagaian budaya serta destinasi pelancongan Malaysia kepada dunia.
“Ini adalah antara platform digital terbaik untuk terus memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancongan digital dan kreatif di rantau ini.
“Gabungan pengaruh digital dan keunikan budaya tempatan dijangka meningkatkan lagi kesedaran global terhadap tarikan pelancongan Malaysia menjelang tahun 2026,” kata Dato’ Abd. Rahman.
Kesemua peserta akan kembali berkumpul untuk menghadiri Majlis Gala Anugerah pada 19 Oktober 2025, dengan lokasi rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sebagai penghargaan atas usaha dan kreativiti peserta, pemenang utama bakal menerima wang tunai USD15,000 berserta percutian eksklusif ke Dubai.
Tempat kedua membawa pulang USD5,000 dan percutian ke Dubai, manakala tempat ketiga pula menerima USD1,000 dan pakej percutian yang sama.
Selain itu, 10 peserta terbaik keseluruhan turut akan dipilih untuk menyertai trip istimewa yang ditaja sepenuhnya ke destinasi sama, sebagai pengiktirafan terhadap kandungan dan pengaruh hebat yang dihasilkan sepanjang program
Lebih 13 kategori anugerah akan dipertandingkan seperti Best Gourmet Award, Best Storyteller, Best Culture Curator dan banyak lagi.
Dengan gabungan pengaruh digital, lokasi eksotik dan hadiah lumayan, edisi tahun ini dijangka menjadi antara acara paling dinantikan dalam kalangan pencipta kandungan dari Asia dan Timur Tengah.
Tahun lalu, tanda pagar #AllStarInfluencerAward2024 berjaya meraih lebih 500 juta capaian digital di aplikasi TikTok dan tular di pelbagai platform media sosial dalam tempoh setahun.
Pada edisi lalu, pempengaruh dari Indonesia, Saal Haerid menjuarai All Star Influencer Award (ASIA) 2024, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000, trofi eksklusif dan pakej percutian mewah ke Dubai.
Saal turut memenangi kategori Ciptaan Kandungan Terbaik, melayakkannya menerima wang tunai AS$1,000 (RM4,419.50) dan trofi.
Abyan Calief, juga dari Indonesia, meraih tempat kedua manakala wakil Malaysia, Imranul Effendi, membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 (RM13,258.51) serta percutian ke Dubai.
Sementara itu, satu lagi acara berprestij bakal berlangsung iaitu Asia Championship 2025, kejohanan tinju berkonsepkan gabungan dunia sukan dan digital, yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober depan.
Menueut Dato’ Abd. Rahman, acara ini bakal menjanjikan satu pengalaman luar biasa, melangkaui sekadar perlawanan dalam gelanggang, malah menampilkan kolaborasi artis, influencer dan atlet, menjadikan ia acara merentas sempadan fizikal dan maya.
“Asia Championship bukan sekadar satu pertembungan para peninju, tetapi satu pentas moden yang menyatukan semangat kesukanan dengan dunia digital.
“Kami mahu wujudkan satu budaya baharu di mana sukan bukan sahaja disaksikan, tetapi turut dikongsi, diikuti dan diraikan dalam alam media sosial,” katanya.
Tambahnya lagi, pihak Asia Championship akan menyediakan latihan khusus bagi setiap peserta menjelang kejohanan, sebagai persiapan mental dan fizikal.
Untuk edisi 2025, seramai 16 anak muda tempatan telah disahkan menyertai kejohanan dalam dua kategori, dan pihak penganjur kini dalam perbincangan untuk menambah kategori serta peserta baharu yang berminat.
“Permohonan masih dibuka. Ini bukan semata-mata untuk cari siapa paling kuat, tetapi untuk membangunkan semangat sukan dan disiplin dalam kalangan anak muda kita,” jelasnya.
Asia Championship 2025 dijangka menjadi medan baharu yang bukan sahaja mengangkat sukan tempur ke tahap lebih tinggi, tetapi turut menekankan pengaruh digital, pengisian kandungan dan keterlibatan komuniti dalam era baharu dunia sukan dan hiburan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam dunia hiburan yang penuh glamor dan pengiktirafan, pelakon legenda Fauziah Ahmad Daud kekal berpegang kepada prinsip bahawa kualiti kerja lebih utama berbanding gelaran.
Ketika ada rakan seangkatan mahupun artis muda sudah dikurniakan darjah kebesaran, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy terharu sekiranya dia terus dihargai melalui sumbangannya dalam seni.
“Biarlah Allah yang tentukan bila masa yang tepat. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa.
“Saya lebih suka bila hasil kerja saya yang berbicara. Saya lebih selesa begitu.
“Sehingga kini, saya tidak pernah menerima tawaran untuk mendapatkan gelaran tersebut. Malah, tiada seorang pun yang berpangkat Datuk berani ‘meminang’ saya juga,” selorohnya.
Walaupun tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar ‘Datuk’, Ogy bagaimanapun terharu kerana kerjayanya selama lebih lima dekad masih diingati ramai.
“Saya terharu ramai yang mengingati impak kerjaya saya dan bersyukur kerana dilahirkan menjadi seorang yang berprinsip.
“Bukan populariti yang saya inginkan tapi hasil kerja yang perlu diutamakan. Alhamdulillah, memang hasil kerja saya sentiasa berbicara,” katanya lagi.
Terbaharu, Ogy kembali menyumbang dalam industri seni dengan mengambil peranan sebagai pengetua Asian Pop Star, sebuah program realiti pencarian bakat baharu yang bakal bersiaran 29 November ini.
Program itu bakal mempertemukan 20 peserta terbaik dari seluruh Asia Tenggara yang bersaing merebut hadiah wang tunai USD20,000 dan biasiswa seni persembahan di ASWARA dan Korea Selatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikritik kerana dikatakan kurang popular dan tidak memiliki aura untuk menggalas watak sebagai hero, pelakon Firdaus Karim tetap bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan pihak produksi dan stesen TV untuk membintangi drama Doa Yang Terlindung.