Uncategorized

‘Masih Bahagia, Jangan Kacau!’ – Tuju Ayat Untuk Siapa Tu Sharifah Sakinah?

Share

Pelakon, Sharifah Sakinah memang terkenal dengan sikapnya yang ‘selamba’ dan juga ‘gila-gilanya’.

Semalam, pelakon tersebut memuat naik foto sempena meraikan majlis hari jadi anaknya, Anais Adha hujung minggu lalu menerusi laman Instagram miliknya.

Namun apa yang menarik perhatian MH adalah kapsyen IG tersebut yang seolah-olah ditujukan buat individu yang kurang senang dengan kebahagiaannya.

“Masih bahagia, jangan kacau!” tulisnya.

Sebelum ini Sakinah sering dikecam kerana dilihat terlampau selesa ‘berlakon’ di samping pelakon lelaki dalam sebuah drama sebelum ini.

Ramai netizen yang turut mempersoalkan tindakan suami Sakinah yang seolah membiarkan pelakon tersebut beraksi ‘lepas laku’ seperti itu.

Namun, MH yakin dengan foto yang dimuat naik Sakinah menunjukkan bahawa rumah tangganya masih utuh dan netizen tidak perlu risau mengenainya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen memberikan komen positif terhadap kapsyen Sakinah itu.

Sementara itu, Sakinah turut berkongsi beberapa momen majlis sambutan hari jadi Anais dan majlis berbuka puasa yang diadakan di Glam Hall, Damansara dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Jom ramai-ramai luangkan waktu satu jam membaca Al-Quran pada 7 Jun 2018 semperna World #Quran Hour!

IKLAN