Beberapa minggu lalu, usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila didatangi seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ke kediamannya pada 2 Julai lalu.
Bagaimanapun, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sepakat untuk mengambil pemuda berkenaan sebagai ahli keluarga barunya, sementelah pemuda berkenaan hadir untuk mencari kerja.
Menerusi posting di Instagram, Shahida turut menyediakan makanan enak buat pemuda yang berasal dari Johor itu.
“Hari ni saya masak kurma ayam… Syukri family baru saya ni suka makan bertambah2 nasi sedap katanya.. sebab tu suka masak sebab ada org hargai masakan kita,
“Nanti saya share resipi kurma ayam saya kalau sudi nak tengok,” kongsi Shahida sambil disertakan gambar pemuda itu.
Penyanyi dan pelakon, Amelina ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu.
Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin telah meluahkan perasaanya sebagai seorang ibu tunggal dalam membesarkan kesemua anaknya.
Kongsi penyanyi lagi Asyik ini, kesemua anaknya kini sudah dewasa dan membesar dengan baik.
“Merenung masa depan sendiri. Tapi lagi pening memikirkan masa depan kesemua enam anak2 Kaklong kt rumah ni. Sekelip mata je anak2 dah besar, dah nak sambung belajar, dah nak kena duduk jauh dari Kaklong. Inilah nasib ibu tunggal..,” tulisnya.
A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on
Dalam pada itu, peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi kelahiran Nilai, Negeri Sembilan ini supaya terus tabah dan cekal dalam mengharugi dugaan kehidupan.
Terdahulu, Amelina diijabkaulkan bersama usahawan Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata bagaimanapun pasangan ini telah berpisah pada tahun 2014.
Isteri kepada Lan Solo, Sheila Razlan awal malam tadi ada berkongsi pengalaman cemas yang dilalui apabila anak ketiganya, terjatuh ketika bermain ice skating kerana tidak berupaya untuk imbangi badan sebelum dihempap pula dengan seorang lelaki dewasa.
Kejadian bersama di salah sebuah pusat membeli-belah terkenal di negara ini.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Sheila menerusi Instagram ada berkongsi.
“Kejadian 6.30pm td di ice skating ioi city mall. Akid jatuh sbb x dpt balance badan (1st time main).
“Tiba2 dtg seorg lg lelaki mat salleh jatuh himpap atas blkg Akid. Akid x boleh bangun lgsg. Masa tu KY dah pk macam2 dah. Sbb KY dgn LS kat luar kaca tmpt main tu,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada empat cahaya mata itu turut menjelaskan, anaknya itu tidak bergerak ketika kejadian. Sebaliknya hanya menangis.
“Mmg nmpk akid x bgerak.. Dia nangis je atas ais tu. Berlari x cukup tanah rasanya bila nmpk dia kene hempap dgn lelaki yg berbadan besar tu. Dia nangis sekuat2nya.
“Alhamdulillah,pihak ice skating tu bertindak pantas dan lelaki tadi jugak nmpk sgt risau takut pinggang Akid patah. Dia mengaku dia jatuh atas badan Akid yg berat dia br 16kg. Berat lelaki tu dlm 90kg ++.
“Bnda dah nk jadi,x kan KY nak ngamuk kat situ pulak kan,” katanya sambil turut memberi cadangan agar lokasi permainan diasinglan mengikut tahap.
“Cuma sekadar cadangan. Kalau2 in future, pihak ice skating tu boleh asingkan tmpt utk yg amatur dgn yg dah terrer (sbb yg terer ni suka tunjuk aksi yg diorg boleh laju2 atas ice tu) jadi x sempat brek.
“Abis terkena org lain.. Sekadar cdgn jela. Apa2 pon, terima kasih kpd semua yg membantu kami kat ioi city mall tadi,” tulis Sheila panjang lebar.
Lalu, ramai juga yang mendoakan agar luka serta kecedaraan yang dialami kanak-kanak berkenaan lelas sembuh selain ada yg turut berkongsi mengenai pengalaman.
Terdahulu, Sheila mendirikan rumah tangga bersama Lan pada 5 Disember 2009. Pasangan ini sudah dikurniakan empat anak iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan
Foto: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat anak pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang telah menerima Anugerah Ikon Perintis Muda Pengakap Laut bersempena sambutan Hari Pelaut 2019 Peringkat Nasional.
Berita gembira itu dikongsikan Azhar menerusi Intagramnya.
“Habislah my dotter akan jadi hitam legam lepas nih sebab kelaut sokmo….Congrats Leona!,” tulis Azhar.
Menerusi posting yang dikongsikan Azhar, anaknnya telah menerima surat daripada pihak berkenaan yang memaklumkan bahawa dia terpilih sebagai Anugerah Ikon Perintis Muda Pengakap Laut.
Azhar turut ditemani isterinya, Chempaka Emalin Pahamin mengahdiri majlis tersebut.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.