Awal semalam, pelakon Faezah Elai ada berkongsi foto kandid suami, pengarah Heykal Hanifah bersama dua orang anaknya ketika menaiki Mass Rapid Transit (MRT). Menariknya, foto tersebut merakamkan aksi kandid si anak bersama gelagat masing-masing.
Malah, Faezah dengan selamba turut memuat naik foto dengan kaspyen yang humor.
“Tu la..konon malas nk drive,nk naik mrt sgt.. sekali org ramai.. masa tu lah anak nk minum susu. Nasib baik anak2 tk kata nk poo poo,klu tk lagi jahanam. Sekali sekala jd daddy cool,” tulisnya.
Allahyarham merupakan penerbit kepada syarikat Da Motion Media dan pernah menerbitkan filem seram, Jodoh Syaitan yang dilakonkan Soffi Jikan, Aprena Manrose dan ramai lagi.
Berita kematiannya turut disahkan di laman rasmi syarikat berkenaan.
Semalam merupakan tarikh kelahiran buat pelakon dan model, Nadia Brian.
Dalam pada itu, Nadia dan tunangnya, Mu’izz Nasruddin telah menikmati percutian di Genting Highlands yang menyamankan.
Tambah romantik, si jantung hati ada menghadiahinya dengan sejambak bunga mawar berwarna merah-putih simbolik warna cinta.
“30-05-2019 💖It is a beautiful day! It is a great reminder of how thankful I am for all the beauty I have in my life. Thank you @muizznasruddin sayang for everything. ❤ #mybirthday#geminigirlsrock,” tulis Nadia.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi turut berkongsi video gembira apabila dia menerima sejambak bunga di tempat sejuk, Genting Highlands dengan mengenakan dress berwarna hitam.
Menjengah di Instagram Mu’izz pula, dia turut menitip ucapan buat tunangnya itu.
“Baby, you’re more than just my fiancée, you’re my best friend, my support system, my happiness and the list just goes on.
There’s nothing I wouldn’t give up to put a smile on your beautiful face. You deserve all the happiness in the world. I’m proud of you baby. Keep on hustling and eventually you’ll reach your goals. InsyaAllah. May ALLAH bless you and your family. Amin. Happy Birthday My Love @nadia.brian . I love you, always ❤😘 #muizzxnadiab 📸 Marcus Heim @theparisianphotographers,” tulisnya.
Ratu Rock Negara, Ella telah memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin berkongsi gambar ketika dia menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.
“Kami bermusafir ke bumi anbiya. Beberapa hari di Madinah melepas rindu sebelum berangkat menuju ke Mekah .”
“Semoga anda semua bakal dapat berkunjung ke mari untuk ziarah mahupun melengkapkan rukun islam ke 5 , mengerjakan haji di mekah”
“Ella ucapkan selamat menikmati bulan Ramadhan.Kekal positif , kerana hidup ini terlalu singkat! #masjidnabawi #peaceloverindu Dress by @cintaabaya”tulisnya.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Retak itu turut mendoakan kepada peminatnya semoga diberi peluang dan rezeki untuk pergi ke tanah suci Mekah.
Dalam pada itu, peminat turut juga mendoakan segala urusan penyanyi yang berusia 52 tahun itu dipermudahkan.
Alhamdulillah, Ella berpeluang untuk menyambut ramadan di tanah suci Mekah, semoga semua urusan Ella dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...